TERKINI

Label UiTM Aparteid: Putra lapor polis

Shahrulufti Sharif – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 24 Mei 24 – Satu laporan polis berhubung artikel fitnah yang ditulis oleh kolumnis, Andrew Sia, dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam oleh Ketua Penerangan Putra, Shahrulufti Sharif.

Dalam satu kenyataan media selepas membuat laporan polis, Shahrulutfi berkata artikel disiarkan Malaysiakini tersebut, memfitnah UiTM dengan tidak adil yang boleh mencetus kemarahan orang Melayu.

“UiTM ditubuhkan dengan tujuan memberi peluang pendidikan kepada bumiputera, bukan untuk melaksanakan diskriminasi, tetapi perbandingan dibuat dalam artikel terbabit merendahkan usaha dan integriti universiti ini,” katanya.

Tambah Sharulutfi, penubuhan UiTM berlandaskan pematuhan kepada undang-undang, perlembagaan dan panduan kerajaan untuk menyediakan peluang pendidikan kepada individu Bumiputera.

“UiTM berperanan penting dalam mengekalkan keseimbangan sosial dalam masyarakat Malaysia dengan menyokong pendidikan pelajar Bumiputera.

“Prinsip asas UiTM adalah memberdayakan individu Bumiputera melalui pendidikan, bukan atas belaian mana-mana kumpulan tertentu,” katanya.

Baru-baru ini, Malaysiakini telah menerbitkan artikel tulisan Andrew bertajuk ‘Our apartheid academy, UiTM’ yang turut mempersoalkan adakah UiTM harus dinamakan semula sebagai ‘Universiti Tempat Melayu’.

Berdasarkan kamus istillah, Aparteid dimaksudkan sebagai dasar segregasi kaum yang begitu zalim, iaitu memuliakan kaum orang putih berbanding kulit hitam di Afrika Selatan.

Artikel tersebut juga mencetuskan ketidakpuasan hati Pemuda UMNO dan Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh telah mengarahkan seluruh anggota Pemuda Umno membuat laporan polis terhadap Malaysiakini dan Andrew berhubung penerbitan itu. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp