TERKINI

Lagi pihak syor Ahli Parlimen Beruas disiasat

Dato’ Sirajuddin Hj Salleh – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 1 Jan 2024 – Sebuah NGO Pertubuhan Gerakan Qiam (Qiam) mengesyorkan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham disiasat dan didakwa atas tuduhan cuba menimbulkan kegelisahan dan menggugat ketenteraman dan perpaduan rakyat kerana menyentuh isu 3R (raja, agama dan kaum) atas kenyataannya agar pakar bukan Islam dilantik ke Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri Untuk Menggubal Undang-undang Islam.

Presiden Qiam, Dato’ Sirajuddin Hj Salleh dalam satu kenyataan berkata, tindakan memohon maaf oleh Koo Ham dalam isu ini bukan merupakan kaedah mudah melepaskan diri dari pertuduhan undang-undang.

“QIAM ingin terus mengingatkan perlakuan pemimpin seperti Ngeh yang tidak sensisitif terhadap perasaan orang Islam dengan membangkitkan isu sensitif mencabar kedaulatan Keputusan DYMM Sultan dan meragui keupayaan MKI.

“QIAM juga mengesyorkan supaya pihak yang berwajib mengambil tindakan menyiasat dan mendakwa Ngeh atas tuduhan mencuba menimbulkan kegelisahan dan mengugat ketenteraman dan perpaduan
rakyat kerana menyentuh isu 3R.

“Memohon maaf bukan merupakan kaedah mudah melepaskan diri dari pertuduhan undang-undang. Ujar Sirajuddin.

Menerusi kenyataan yang sama, QIAM menzahirkan setinggi-tinggi kasih kepada DYMM Sultan Selangor di atas ketegasan titah perintah Tuanku agar orang politik khususnya yang bukan Islam tidak mencampuri urusan agama Islam.

“Titah ini diharap menjadi satu ‘garis merah’ yang wajib dipatuhi oleh semua pihak. Katanya.

Terdahulu, pengamal undang-undang, Haniff Khatri Abdulla mengesyorkan pihak polis wajar membuka kertas siasatan terhadap Koo Ham susulan cadangan berkenaan Ahli Parlimen Beruas supaya pakar dalam kalangan bukan Islam dilantik untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang Islam

Haniff berkata, kenyataan Koo Ham boleh menimbulkan keresahan, kemarahan dan perbalahan di antara kaum yang mana sepatutnya, orang bukan Islam tak perlu mencampuri undang-undang Mahkamah Syariah kerana undang-undang itu tidak tertakluk kepada mereka.

Tambah beliau, cadangan Koo Ham itu juga secara tidak langsung seolah-olah mempertikaikan kredibiti ahli Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham memohon maaf atas cadangannya agar pakar perlembagaan dari kalangan bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-undang Islam. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp