TERKINI

Laporan Akhbar Sinar Harian promosi sekolah vernakular, tak beretika, anti nasional – Prof. Murad

Ahmad Murad Merican (gambar kecil) – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 11 Jun 24 – Profesor sejarah sosial dan intelektual, Professor Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican mendakwa laporan akhbar Sinar Harian yang mempromosikan sekolah vernakular sebagai tidak beretika dan menyifatkannya sebagai anti nasional.

Ketika mengulas hal tersebut kepada malayadaily, beliau berkata, Sinar Harian merupakan akhbar Melayu yang sedang cuba mendapat pengaruh dari kalangan ibu bapa Melayu untuk menyokong dan menghantar anak mereka ke sekolah vernakular.

“Liputan Sinar Harian dapat disifatkan sebagai anti nasional.

“Sebagai sebuah (akhbar) utama berbahasa Melayu di Malaysia, Sinar Harian mempunyai konstituent pembacanya – yakni umumnya pembaca dari orang-orang Melayu.

“Dengan paparan memesong itu, Sinar Harian sedang cuba mendapat pengaruh dari kalangan ibu bapa Melayu untuk menyokong dan menghantar anak mereka ke Sekolah Cina. Ujarnya.

Ahmad Murad berkata, jika laporan tersebut dikatakan sebagai hak dan kebebasan sesebuah suratkhabar untuk memilih isu dan naratifnya, maka apa yang terpapar ialah satu naratif songsang daripada sebuah akhbar milik Melayu berbahasa Melayu.

“Saya tidak berkata bahawa sesebuah suratkhabar Melayu dan berbahasa Melayu tidak boleh buat liputan mengenai bangsa asing atau sekolah Cina Di Malaysia.

“Saya tidak kata sesebuah suratkhabar Melayu dan berbahasa Melayu tidak boleh dan bukan peranan sebagai suratkhabar nasional – dan beginilah sepatutnya semua akhbar Melayu yang ada sekarang – berperanan sebagai suratkhabar nasional – tetapi janganlah sehingga subversif kepada sebuah institusi nasional, yakni Sekolah Kebangsaan. Jelasnya.

Dalam isu yang sama, beliau turut mempersoalkan mengapa kewartawanan dan surat khabar Melayu tidak mempersoalkan apa keistimewaannya sekolah vernakular.

“Apa yang istimewa dengan ‘a chinese learning environment’?

“Ini yang perlu dihujahkan oleh kewartawanan dan suratkhabar Melayu. Tidak ada dan tidak sepatutnya ada persekitaran China di Malaysia.

“Mentaliti pendatang ini ialah mereka ingat Malaysia dan lain-lain negara Asia Tengara sebagai perluasan alam China dan pencinaan. Mereka menganggap Malaysia, sebahagian dari ruang dunia dan budaya China. Tegasnya.

Baru-baru ini, sebanyak lima media arus perdana telah berkolaborasi menerusi laporan khas ‘SJKC: Realiti bagi murid bukan Cina’.

Ia melibatkan kerjasama lima media arus perdana iaitu Sin Chew Daily, Astro AWANI, Sinar Harian, The Star dan Malaysia Nanban. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp