TERKINI

Larangan 3R : AMK mahu tubuh unit khas pantau isu 3R

Gambar hiasan – foto Berita Harian

IPOH, 6 Nov 2023 – Angkatan Muda Keadilan (AMK) bercadang untuk menubuhkan unit khas bagi membantu memantau sebarang isu agama, raja dan kaum (3R) di media sosial.

Ketuanya, Adam Adli Abdul Halim, berkata ia antara cadangan dikemukakan ketika Konvensyen AMK dan akan diteliti bagi menentukan kaedah pelaksanaannya.

“Kalau ada orang menggunakan media sosial membuat tohmahan dan dakwaan menggunakan isu-isu perkauman biarlah ada naratif balas dan ia antara perkara yang boleh dibuat oleh unit ini,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Konvensyen AMK Wilayah Tengah 2023 melibatkan AMK Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Beliau berkata sesi di Perak yang dihadiri 200 ahli itu merupakan penutup kepada konvensyen peringkat cabang dan negeri yang diadakan sejak Oktober bagi setiap zon bermula di Sabah diikuti Pahang, Pulau Pinang dan Melaka. – FMT

Facebook
Twitter
WhatsApp