TERKINI

Logo Halal KK Mart: NGO Kecam, mahu hukuman maksimum

Armin Baniaz Pahamin (kiri), Irwan Fahmi Ideris (kanan) – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 14 Jan 25 – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dalam satu kenyataan, mengecam tindakan KK Mart yang di katakan membekal sandwich yang di ragui status halal di premis perniagaan dalam kawasan Universiti Malaya (UM).

Menurut wakilnya, Irwan Fahmi Ideris, Perkasa menggesa pihak UM menyenaraihitamkan KK Mart dan menggantikannya dengan pembekal yang baharu.

“Perkasa juga berharap Pihak UM dapat mencari pembekal yang baru untuk kemudahan pelajar UM dan senarai hitamkan terus jenama KK MART dari terus masuk ke mana mana premis.

“Perkasa menggesa mana mana pihak unversiti yang Masih menggunakan pembekal dari KK MART, harus membuat keputusan untuk memboikot apa jua barang yang datang dari syarikat tersebut. Ujarnya.

Sementara itu, Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia, Armin Baniaz Pahamin turut menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengenakan hukuman maksimum ke atas KK Mart berhubung isu yang sama.

“Pihak berkuasa perlu mengenakan hukuman maksimum terhadap KK Mart dan pembekal sandwic yang terlibat dalam penyalahgunaan logo halal palsu.

“Tindakan ini penting sebagai pencegahan kepada syarikat-syarikat lain agar mematuhi undang-undang dan menjaga sensitiviti agama di negara ini.

Menurut Armin, penjualan sandwic dengan logo halal palsu di KK Mart mencerminkan kecuaian berterusan pihak pengurusan.

“Insiden ini bukan yang pertama melibatkan KK Mart.

“Penjualan Stokin dengan Kalimah “Allah” pada Mac 2024 KK Mart mencetuskan kemarahan masyarakat Islam apabila stokin yang memaparkan kalimah “Allah” dijual di salah sebuah cawangannya di Sunway City, Petaling Jaya.

“KK Mart telah berulang kali gagal menunjukkan penghormatan kepada sensitiviti agama Islam dan mesti dikenakan hukuman maksimum sebagai pengajaran.

“Hukuman maksimum di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, termasuk denda sehingga RM5 juta bagi syarikat dan RM10 juta untuk kesalahan berulang. Ujar Armin.

Beliau turut mencadangkan bahawa pihak berkuasa boleh mempertimbangkan untuk mengenakan sekatan lesen perniagaan bagi pihak yang terlibat.

Sebelum ini, dalam isu stoking kalimah ‘Allah”, KK Mart dan pembekal stokin telah dikenakan denda sebanyak RM60,000 setiap satu kepada KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Mart) dan pembekalnya.

Terdahulu, Universiti Malaya (UM) dilaporkan telah menutup dua premis jualan runcit 24 jam serta-merta berikutan dakwaan penemuan produk pek sandwic yang diragui halal.

UM dalam satu kenyataan memaklumkan, arahan penutupan tersebut dikeluarkan bagi memberi ruang agar siasatan yang dilaksanakan untuk mengesahkan dakwaan tersebut tidak terganggu. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp