TERKINI

Mahathir Bukan Ancaman Bukan Melayu – Khairy Jamaludin

foto kredit brojinggo

KUALA LUMPUR, 24 mac 2023 – Khairy Jamaluddin, bekas ahli UMNO dan juga bekas Menteri Kesihatan menyifatkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mengancam orang bukan Melayu kerana dia adalah seorang Malay Nationalist daripada dulu.

Beliau berkata demikian dalam satu sesi podcast berjudul ‘Keluar Sekejap’ bersama Shahril Hamdan baru-baru ini.

“Zaman dulu waktu dia jadi Perdana Menteri pun dia Malay Nationalist, dia bangkitkan isu Melayu, setiap kali ucapan dalam perhimpunan agung (UMNO) dia bangkitkan isu Melayu semangat Melayu, tapi dia tidak mengancam orang bukan Melayu, dia bawa pembangunan kepada semua dan sebagainya, samalah (pendekatan) approach dia.

Khairy juga menyifatkan bahawa tiada sebab untuk mengesyaki Mahathir menggunakan Proklamasi (Proklamasi Orang Melayu) untuk menghasut.

“Jadi kita tak ada sebab untuk mengesyaksi bahawa dia akan guna proklamsi ini untuk buat incitement, menghasut atau pun membuat kenyataan berbaur perkauman ataupun hate speech.

Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan merupakan satu rancangan bual bicara setiap minggu membincangkan topik hangat dengan tgujuan untuk merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp