TERKINI

Mahathir ingatkan dunia Islam agar kekal bersatu, teguhkan persaudaraan

Mahathir Mohamad (kanak), Mohamed Ali Harrath (kiri) – foto Islam Channel

PUTRAJAYA, 15 Julai 24 – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan komuniti dunia Islam agar terus menggalakkan persaudaraan antara umat Islam dan kekal bersatu supaya boleh menjadi kuasa yang berpengaruh di dunia.

Beliau berkata demikian dalam ucapan di hadapan tokoh-tokoh komuniti berpengaruh di Sheraton Park Lane, London, baru-baru ini.

Katanya, sekiranya Islam bersatu padu, Islam akan menjadi kuat sungguhpun kita semua miskin.

“Apabila anda bersatu, anda menjadi kuat walaupun anda sekumpulan orang miskin.

“Apa yang patut kita lakukan ialah untuk menggalakkan persaudaraan umat Islam dan jika kita berbuat demikian dan kita kekal bersatu kita akan menjadi pengaruh yang sangat kuat dalam dunia, tetapi pada masa ini kita tidak dapat berbuat apa-apa walaupun untuk membantu orang miskin.

“Namun, dengan jumlah yang kita ada, kita seharusnya dapat mengubah dasar yang mempengaruhi umat Islam di dunia, kita akan menjadi pengaruh yang sangat kuat dalam dunia dalam urusan dunia tetapi pada masa ini kita tidak dapat berbuat apa-apa walaupun untuk membantu orang miskin, penduduk Gaza. Katanya.

Menurut Mahathir, sekalipun hari ini kita dapati negara-negara Islam menjadi saangat kaya, namun kemiskinan masih berlaku dalam kalangan orang Islam.

“Kita harus memastikan harta kita digunakan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik untuk mengatasi kesusahan dan mendapat kehidupan yang baik di dunia dan menyumbang kepada perpaduan dan kejayaan umat Islam itu pada pandangan saya.

Di hujung ucapannya, Mahathir berharap agar ada kejayaan di kalangan pemimpin-pemimpin Islam yang baru terutama yang muda, untuk menambah baik dan melaksanakan cara hidup Islam yang terdapat dalam al-Quran.

“Jika kita hanya fokus kepada al-Quran, kita tidak akan berpecah, terima kasih.

Dalam lawatannya ke UK, Tun Mahathir menghadiri forum yang dianjurkan oleh Islam Channel bersama pengasasnya Mohamed Ali Harrath.

Forum tersebut dimulakan dengan bacaan Al-Quran yang indah dari Surah Ar-Rahman oleh Kazi Abidur Rahman.

Penasihat Kanan, Islam Channel, Sir Iqbal Sacranie OBE dalam ucapan pembukaannya menzahirkan kekaguman atas sumbangan luar biasa Dr Mahathir kepada dunia Islam. Forum ini dihadiri oleh tokoh profesional dan pemimpin masyarakat Islam dari seluruh UK. – Islam Cahnnel-malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp