TERKINI

Mahathir Masih Berpengaruh – Penganalisis

Foto Utusan

PETALING JAYA, 8 Mei 2023 – James Chin dari Universiti Tasmania bersetuju “Proklamasi Melayu” tidak boleh diketepikan dengan mudah kerana Mahathir masih berpengaruh.

“Beliau adalah ikon politik. Beritahu saya, siapa tidak kenal Mahathir?” katanya sambil menambah Mahathir masih berjaya mendapat liputan untuk apa saja yang dikatakannya.

Chin berkata, Mahathir kini cuba menyatukan barisan anti-Anwar untuk menggulingkan perdana menteri yang dipercayainya tidak cukup bagus.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara pula berkata, kerajaan tidak harus mengambil mudah Mahathir.

Dr Mahathir Mohamad dan “Proklamasi Melayunya” tidak boleh dipandang ringan, katanya walaupun Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan bekas perdana menteri itu sebagai liabiliti politik.

“Mana-mana strategi berlandaskan perjuangan Melayu, khususnya pada PRN akan datang, akan berkesan,” katanya kepada FMT.

Azmi berkata, PAS dan Umno sebelum ini menggunakan strategi sama dan ia terbukti “amat berkesan”. – FMT

Facebook
Twitter
WhatsApp