TERKINI

MAHB-Blackrock: Kerajaan digesa ‘Walk the talk’ – SSP

Rafique Rashid (tengah) – foto SKTV

PUTRAJAYA, 24 Mei 24 – Kerajaan di gesa untuk mengotakan janjinya untuk membela perjuangan rakyat Palestin dengan menarik balik tawaran pegangan saham Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) bagi membentuk konsortium bersama ‘Global Infrastructure Partners’ (GIP) yang dimiliki Blackrock, pemilik kepada syarikat pengeluar senjata untuk Israel.

Rafique Rashid, salah seorang wakil Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) berkata dalam sidang media semalam, isu berkaitan Blackrock ni bukan isu main-main kerana entiti tersebut merupakan penyokong dan pembekal senjata kepada Israel yang sedang membunuh puluhan ribu rakyat Palestin.

“Isu berkaitan Blackrock ni bukan isu main-main.

“Blackrock ni merupakan supplier, supporter, cheerleader paling besar kepada genosida yang sekarang ini sedang berlaku. Ujar Rashid.

Beliau mengulangi geasaannya agar kerajaan mengotakan janji untuk membela perjuangan rakyat Palestin.

“Saya merasakan perkara yang paling penting sebagai rakyat Malaysia sekarang adalah untuk menggesa kerajaan kita to walk the talk.

“Kalau rakyat Malaysia bersungguh-sungguh from all walks of life menjalankan boikot ini dengan kedai kopinya, kita boikot dengan kedai fastfood-nya, kita boikot dengan kesatuan dan kejituan semangat yang kita tunjukkan secara online, kita menyokong struggle of the palestinian people. Katanya.

Tambah Rashid, Perdana Menteri yang merupakan pengerusi Khazanah dan juga Menteri Kewangan, perlu melakukan perkara yang betul berhubung isu ini.

“Kepada Perdana Menteri lihatlah kepada undang-undang yang jelasnya adalah, anda merupakan Chairman kepada Khazanah dan anda juga merupakan Menteri Kewangan, lakukanlah yang betul.

“Kalau kita asyik nak bercakap saja di pentas antarabangsa tetapi bila kita balik ke negara kita dan perkara ini berlaku, in our own backyard berlaku di Malaysia, itu menghantar satu signal yang tidak baik kepada rakyat.

Mei lalu, Khazanah Nasional Berhad mengumumkan ia kini menerajui sebuah konsortium, Gateway Development Alliance (GDA), bagi tawaran sukarela prasyarat untuk membeli semua saham dalam Malaysia Airport Berhad (MAHB) yang belum dimilikinya, dengan harga tawaran RM1 seunit.

Pemegang saham konsortium itu turut merangkumi usaha sama antara Abu Dhabi Investment Authority (Adia) dan Global Infrastructure Partners (GIP) – menerusi GIP Aurea Pte Ltd.

Menurut laporan The Edge, entiti GIP yang terlibat dalam urus niaga ini, iaitu GIP Aurea, ditubuhkan di Singapura dengan 83.3 peratus pegangannya dimiliki GIP.

Jika urus niaga itu berjaya, GIP Aurea akan memiliki 30 peratus kepentingan ekonomi efektif dalam MAHB.

Terdahulu, syarikat pelaburan multinasional Amerika Syarikat, Blackrock telah mengumumkan ia dalam proses mengambil alih GIP pada harga AS$3 bilion (kira-kira RM14 bilion) secara tunai.

BlackRock didakwa menyokong regim Israel kerana ia memiliki pegangan dalam lima syarikat yang membekalkan senjata kepada tentera Israel. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp