TERKINI

Majlis Ulama Indonesia gesa umat Islam boikot produk berkaitan Israel

Majlis Ulama Indonesia – foto mui.or.id

JAKARTA, 13 Nov 2023 – Majlis Ulama Indonesia menggesa umat Islam di negara itu agar mengelak transaksi dan penggunaan produk-produk yang berkaitan dengan Israel.

Pengerusi bahagian fatwanya, Asrorun Niam Sholeh dalam satu kenyataan berkata, menyokong pencerobohan Israel terhadap rakyat Palestin atau pihak yang menyokong Israel, sama ada secara langsung atau tidak, dianggap ‘haram’ (dilarang/haram).

Beliau juga menggesa agar kerajaan mengambil langkah tegas untuk membantu perjuangan Palestin melalui usaha diplomatik di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menekan Israel untuk menghentikan pencerobohan dan mengenakan sekatan.

Fatwa itu mencadangkan agar umat Islam menyokong perjuangan Palestin melalui pengumpulan dana kemanusiaan, menyatakan solidariti, berdoa untuk kemenangan dan menunaikan solat jenazah ghaib untuk umat Islam yang terkorban di Palestin.

Dalam perkembangan lain, ribuan penduduk dari Jawa Barat mengambil bahagian dalam perhimpunan ‘Bekasi Bersama Palestin’, menyatakan solidariti dengan rakyat Palestin, berikutan perhimpunan serupa di Jakarta minggu lalu.

Mereka membawa sepanduk, menaikkan bendera Palestin dan mendengar ucapan daripada pelbagai pemimpin agama di bandar Bekasi yang menyokong pembebasan Palestin. – Bernama

Facebook
Twitter
WhatsApp