TERKINI

Malaysia ada dua jenis rakyat, tempatan dan bukan tempatan – Tun Mahathir

Mahathir Mohamad (2 dari kiri) – Foto Kosmo Digital

KUALA LUMPUR, 2023 – Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir menyifatkan terdapat dua jenis rakyat di negara ini yang mana satu pihak yang berasimilasi dengan bangsa Melayu dan satu lagi yang enggan menerima budaya Melayu sebagai identiti negara ini.

Beliau mengulas perkara ini dalam forum Minggu Negarawan, yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, pada Rabu.

Ketika menjawab soalan hadirian, beliau merumuskan bahawa mereka yang datang ke negara ini dari negara asal seperti Arab, India dan Pakistan melupakan bahasa dan budaya neara asal mereka sebaliknya mereka menjadi Melayu dan mengamalkan cara hidup orang Melayu.

“Maknanya di Malaysia ini walaupun kita kata ada rakyat yang sama, tetapi tak sama, ada dua jenis rakyat.

“Satu rakyat yang perkenalkan diri mereka sebagai orang yang menubuh, mentadbir dan mendirikan negara ini, iaitu orang Melayu. Mereka bukan Melayu, mereka datang dari negara Arab, daripada India, Pakistan tapi apabila mereka berada di sini, mereka lupa bahasa mereka, lupa budaya mereka, mereka jadi orang melayu, dia serap bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda, dia juga ada adat resam Melayu diserap oleh mereka.

“Kalau mereka ada perkahwinan pun caranya cara Melayu, orang macam itu kita boleh terima tetapi ada orang yang duduk di sini tapi taknak guna bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda, nak ada sekolah dari negara asal mereka nak berbahasa bahasa asing, orang yang semacam ini tidak seratus peratus setia kepada negara kita.

Mahathir juga berkata bahawa mereka yang betul-betul menjadi Melayu sebagai Indigenous dan beliau menolak anggapan pihak yang bukan indigenous bahawa negara ini negara mereka juga.

“Jadi ada dua pihak, satu pihak yang betul-betul Melayu atau pun orang tempatan – indigenous ada yang bukan indigenous.

“Sebab itu apabila orang yang bukan indigenous ini yang masih menggunakan bahasa negara asal mereka budaya negara asal mereka, apabila mereka tuntut bahawa negara kita ini adalah negara mereka juga. Saya tak boleh terima yang ini, kalau nak tuntut, jadi orang Melayu, kita kata ini negeri Melayu.

“Kita tak boleh pi ke negara lain, katalah kita pindah ke Australia duduk di Australia lepas tu kita nak kata “eh Australia ni negara kita punya bukan awak punya seorang”, tak bolehlah.

“Orang yang pembangun asal, mereka berhak kekalkan pemilikan negara itu untuk mereka. Ujar Mahathir. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp