TERKINI

Malaysia Ditadbir 60 Tahun Oleh Melayu, Orang Bukan Melayu Capai Kemajuan – Tun Mahathir

malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 28 April 2023 – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi nasihat secara umum agar mana-mana pihak tidak menakutkan pemerintahan orang Melayu dengan menconteng mereka dengan warna hijau.

Ungkapan penuh makna ini dipercayai merujuk kepada kenyataan beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang mendakwa ‘gelombang hijau’ bakal melanda enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Dalam ciapan pendek dan ringkas dimedia twitter, Mahathir mengingatkan bahawa Malaysia telah ditadbir selama 60 tahun oleh kerajaan majoriti Melayu.

Namun demikian, pembangunan yang pesat berlaku malah kaum bukan Melayu mencapai banyak kemajuan.

Dr Mahathir pada Mac lalu telah melancarkan satu gerakan yang dinamakan Proklamasi Orang Melayu dengan tujuan untuk menyatukan kembali orang Melayu merentasi parti politik bagi mengembalikan kekuatan politik orang Melayu. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp