TERKINI

Malaysia Harus Sedia Lebih Bersedia Hadapi Wabak X – Pakar

Virus X – foto The Economics Times

KUALA LUMPUR, 28 Sept 2023 – Malaysia harus melakukan persediaan lebih baik dalam mendepani pandemik termasuk wabak X yang kini menjadi kebimbangan banyak negara.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Prof Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid berkata, pandemik COVID-19 memberi pengajaran besar kepada Malaysia dan tidak seharusnya masalah sama berulang.

Tegasnya, persediaan rapi sangat penting kerana ketika COVID-19, sistem kesihatan negara dikatakan hampir lumpuh.

“Kita harapkan ini tidak berlaku dan beberapa perkara harus kita lakukan supaya kita tidak mengalami pengalaman sama.

“Antaranya, sistem kesihatan harus ditambah baik supaya ada elemen-elemen sesuai untuk menghadapi wabak tersebut.

“Salah satunya adalah siapkan dana mencukupi kalau kita dilanda sekali lagi wabak tersebut. Kita tidak mahu lagi melihat pengalaman sebelum ini, membangunkan sumber kewangan kecemasan sehingga menyebabkan dana tidak mencukupi,” katanya.

Selain itu, beliau juga mencadangkan staf kesihatan juga perlu diberi latihan secukupnya dan polisi kesihatan harus diubah.

Ia termasuk pembiayaan kesihatan lebih mampan berbanding sekarang yang menurutnya, agak rapuh.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI yang disiarkan pada Selasa. – Awani

Facebook
Twitter
WhatsApp