TERKINI

Malaysia Sebuah Negara Melayu, Kata Tun Dr Mahathir

Mahathir Mohamad – foto malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 27 Julai 2023 – Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan kerajaan agar berhenti bercakap tentang Malaysia sebagai negara pelbagai kaum yang mana ianya bukan negara pelbagai kaum sebaliknya ia adalah sebuah negara Melayu yang menerima kehadiran orang lain, tinggal di sini.

Beliau menegaskan bahawa banyak negara melakukan demikian namun negara tersebut kekal dengan identiti penduduk asalnya.

“Berhenti bercakap tentang Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum. Ia tidak.

“Ia adalah sebuah negara Melayu yang menerima penduduk dari negara lain. Kata beliau di laman sosial facebook, hari ini.

Sebelum ini, Mahathir mempersoalkan adakah kerajaan dan penyokongnya akan berhenti bercakap tentang pelbagai kaum kerana kerajaan dilihat menghalang beliau bercakap tentang bangsa Melayu.

“Kerajaan dan penyokongnya bercakap tentang pelbagai kaum.

“Memandangkan kita tidak dibenarkan bercakap tentang kaum, adakah kerajaan dan penyokongnya akan berhenti bercakap tentang pelbagai kaum?

Mahathir berpendapat bahawa ‘Multiracialism’ adalah tentang bangsa sebagaimana bercakap tentang bangsa Melayu, adalah tentang bangsa.

“Setiap orang adalah sama di sisi undang-undang.

“Kerajaan tidak boleh bertindak seolah-olah berada di atas undang-undang. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp