KUALA LUMPUR, 30 Oktober 24 – Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin secara rasmi menjadi Ketua Srikandi Bersatu Malaysia menggantikan bekas Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Rina Mohd Harun, bertekad untuk meneruskan kesinambungan usaha memperkasakan parti agar terus relevan di persada politik nasional.
Dalam satu kenyataan, Mas Ermieyati berterima kasih kepada Rina Harun yang telah memberi laluan kepadanya sebagai pengganti.
“Secara peribadi ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih Buat DS Rina Mantan Ketua Srikandi Bersatu Malaysia yang memberi ruang dan peluang kepada saya sebagai penggantinya.
“Bukan mudah, tetapi beliau telah lakukan. Setelah banyak Berkorban jiwa, raga , masa dan wang ringgit yang telah meletakkan SRIKANDI BERSATU di tempatnya ini. Pastinya saya dan Dato Nolee akan meneruskan segala usaha murni Ds Rina. Pastinya tekad kami akan satukan semua srikandi dan bersama Presiden menggalas harapan kita semua. Katanya.
Rina sebelum ini menarik diri dari bertanding pada pemilihan BERSATU kali ini, dengan undian perwakilan daripada 181 sayap bahagian parti itu berlangsung pada Sabtu lalu.
Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) BERSATU, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi pada sidang media di ibu pejabat BERSATU di sini hari ini.
Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi pula dipilih Naib Srikandi BERSATU selepas dua jawatan tertinggi sayap itu diumum menang tanpa bertanding. – malayadaily.com