TERKINI

Larangan Warga Asing Pandu Treler, Kerajaan Titik Berat Aspek Keselamatan

foto mstar

KUALA LUMPUR, 18 April 2023 – Keputusan tidak membenarkan warga asing memandu treler di negara ini dibuat selaras dengan pendirian kerajaan dalam menitikberatkan aspek keselamatan di jalan raya, kata Pengerusi Persatuan Keselamatan Jalanraya dan Pengangkutan Malaysia (MRTSA) Nik Salim Nik Salleh

Beliau berkata larangan itu wajar memandangkan warga asing tidak mendapat latihan atau pendedahan awal berkaitan kesedaran dan perundangan bagi keselamatan jalan raya di Malaysia.

“MRTSA menyokong pendirian kerajaan berkaitan perkara ini, (kerana) ia akan mewujudkan risiko tambahan tahap keselamatan jalan raya di negara kita.

“Malah dengan membenarkan warga asing memandu treler atau mana-mana kenderaan perdagangan, ia dikhuatiri akan menjejaskan peluang pekerjaan warga tempatan dalam sektor berkenaan,” katanya kepada Bernama.

Pada 11 April lepas Menteri Pengangkutan Anthony Loke dilaporkan berkata warga asing tidak dibenarkan memandu treler biarpun terdapat desakan daripada pihak industri yang mendakwa berlaku kekurangan pemandu.

Menurut Loke, berdasarkan data bidang pengangkutan dalam negara bagi 2022, sejumlah 766 syarikat pengangkutan dengan bilangan treler 61,616 dicatatkan, manakala bilangan pemandu adalah seramai 12,326. – Bernama

Facebook
Twitter
WhatsApp