TERKINI

Isu Peruntukan MP : Anwar minta pembangkang bincang, “Jangan sombong”

Gambar hiasan, Ahli Parlimen PN Dewan Rakyat – foto Berita Harian

PUTRAJAYA, 9 Nov 2023 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pembangkang untuk berbincang secara baik dengan wakil kerajaan berkaitan peruntukan untuk ahli Parlimen pembangkang.

“Bincang dengan baik, jangan sombong,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Kolokium Madani Perkhidmatan Awam di sini hari ini.

Anwar berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mendakwa kerajaan menggalakkan rasuah dengan meletakkan syarat terhadap peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Sabtu lepas, Anwar meminta ahli Parlimen pembangkang untuk terus mengadakan perbincangan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berhubung permohonan peruntukan bagi kawasan masing-masing.

Ditanya ketika itu mengenai dakwaan terdapat pelbagai syarat yang perlu dipatuhi ahli Parlimen pembangkang sekiranya ingin membuat membuat permohonan peruntukan bagi kawasan masing-masing, Anwar berkata: “Tiada”. – Bernama

Facebook
Twitter
WhatsApp