TERKINI

Bangsa tiada bernegara, bangsa yang tak dihormati

Gambar hiasan – foto Sinar Harian

Pada perjumpaan terakhir untuk tahun 2023 pada minggu keempat bulan Disember lalu, Yang Berbahagia Tun Dr Mahathir menyebut sesuatu yang pada anggapan saya adalah satu pesanan yang penting

Tun berkata “perjuangan kita adalah untuk mengekalkan kewujudan bangsa Melayu yang di hormati.”

Apa yang beliau maksudkan ialah, bangsa Melayu perlu lebih maju dalam bidang akedemik, ekonomi, sosial dan yang penting sekali ialah kekal mempunyai sebuah negara.

Tanpa memiliki negara, bangsa Melayu tidak akan dihormati. Lihat saja contoh nyata di depan mata, bagaimana nasib bangsa Rohingya atau pun Kurdish.

Dalam keadaan kuasa politik orang Melayu yang sedang rapuh, isu orang Melayu dan agama Islam berani di usik-usik dan dicabar. Bayangkan sekiranya bangsa Melayu hilang kuasa politik?

Kita imbau kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang tahun lepas yang menyentuh sensiviti bangsa Melayu dan agama Islam.

Pada bulan Januari 2023 Exco DAP, Teng Chang Kim bersikap biadab dengan mengaitkan isu arak dengan solat.

Di bulan Februari pula Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy mempersoalkan penguasaan Melayu dalam perkhidmatan awam.

Bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mendakwa Malaysia tidak lagi memerlukan parti Melayu malah DAP juga cuba mencucuk jarum perkauman dengan mempolitikkan isu kompaun PBT terhadap pakaian peniaga di Kelantan.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng membuat ucapan fitnah berunsur 3R dengan mendakwa ‘gelombang hijau’ bakal memusnahkan tokong dan orang bukan Islam akan berdepan pelbagai sekatan sekiranya PAS memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) semasa berkempen di Bulan Julai 2023.

Di bulan September Ahli Parlimen DAP, Howard Lee menggunakan ayat al-Quran dengan memberi tafsiran yang salah untuk menggesa umat Islam menyokong kerajaan campuran.

Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming mengecam kostum ala pejuang HAMAS yang dipakai murid-murid sempena Minggu Solidariti Palestin dan mengugut pihak berkaitan untuk diambil Tindakan. Ini berlaku pada bulan Oktober 2023.

Sementara Ahli veteran DAP, Lim Kit Siang menunjukkan sikap chauvinisnya dengan membangkitkan mengenai orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia. Semasa lawatan beliau ke England pada bulan November 2023.

Dalam bulan Disember Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai desak agar kerajaan mengadakan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kuala Lumpur sementara Ahli Parlimen DAP, Ngeh Koo Ham cadang untuk Kerajaan melantik orang bukan Islam ke dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-undang Islam.

Betapa mereka tidak menghormati bangsa Melayu dan agama Islam, kerana mereka tahu kuasa politik bangsa Melyu sedang lemah.

Malah jika kena gayanya, kuasa politik bangsa Melayu mungkin boleh dikurangkan lagi dan negara ini bolehlah ditukar identitinya dari pada Persekutuan Tanah Melayu sebuah negara beridentitikan Melayu dan Islam kepada negara sekular berbilang bangsa.

Tidak sukar untuk kita mengekalkan kuasa politik orang Melayu sebagai pemilik negara ini di mana di dalamnya tinggal rakyat yang berbagai kaum dan agama. Tidak perlu pun kita berkumpul di jalan raya menjerit-jerit, jauhlah pula untuk bergadai nyawa.

Cukup sekadar menjalankan tanggungjawab sebagai bangsa yang bertamadun tinggi dengan menentukan pemimpin Melayu yang berintegriti melalui peti undi apabila tiba waktunya.

Azman Mohd Hashim SM

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp