TERKINI

Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa Musnah Dalam Kebakaran

foto kredit sinar harian

KUALA LUMPUR, 23 Mac 2023 – Kariah Masjid Ibnu Sina di Taman Tasik Titiwangsa di sini tidak sempat menunaikan solat tarawih pertama mala mini apabila 90 peratus ruangan masjid itu musnah dalam kebakaran kira-kira jam 7 malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelemat Kuala Lumpur ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.10 malam sebelum tiba di tempat kejadian pada jam 7.17 malam.

“Sebanyak tiga jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak. BBP Jalan Tun Razak dan BBP Hang Tuah dengan kekuatan 21 anggota, bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Kebakaran melibatkan ruangan solat di dalam masjid dengan anggaran kemusnahan sebanyak 90 peratus,” katanya.

Jurucakap itu juga berkata kebakaran dapat dikawal pada jam 7.27 malam dan Berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 9.36 malam ini.

Semasa kejadian, tiada Jemaah masjid, manakala punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan. – sumber BERNAMA

Facebook
Twitter
WhatsApp