TERKINI

Arab India Pakistan Tinggal Di Malaysia Jadi Melayu, Tapi Orang Lain Datang Tolak Melayu – Tun M

Forum Bicara Bangsa – foto sekretariat proklamasi orang melayu

SHAH ALAM, 9 Julai 2023 – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pada kebiasaanya orang asing yang berhijrah ke sesebuah negara, mereka akan berasimilasi dengan masyarakat negara tersebut, namun ada pihak yang menolak berasimilasi malah menolak kedudukan orang Melayu di negara mereka.

Mahathir mengulas perkara tersebut dalam satu program ‘Bicara Bangsa’ yang dianjurkan oleh Sekretariat Proklamasi Orang Melayu di Shah Alam, semalam.

“Pada kebiasaannya apabila orang asing datang tinggal disebuah negara, mereka di asimilasi oleh penduduk negara itu, iaitu orang asing ini akan tukar bangsa mereka, bahasa mereka, budaya mereka, kalau dia masuk dalam satu negara tak ada perbezaan antara mereka dengan penduduk tempatan, jadi dia bolhe diterima sebagai rakyat.

“Kita dapati ramai orang arab umpamanya, Syed-Syed apa semua ni dan orang daripada India Pakistan, datang tinggal di Malaysia, menjadi orang Melayu, pakai kupiah, bercakap Melayu beradat istiadat Melayu, kita terima.

“Tetapi ada orang pula yang datang kemudian, nak duduk di sini tapi tak mahu terima budaya kita, tak mahu terima bangsa, kita tak mahu terima sekolah kita, tetapi nak ambil negara kita ini sebagai mereka punya sehingga ke tahap menolak kedudukan orang Melayu di negara mereka sendiri.

Ketika mengulas perkara tersebut, Mahathir juga berkata atas sebab itulah mengapa orang Melayu menentang usaha tersebut.

“Inilah yang sedang dituntut oleh satu pihak, sebab itu kita menentang kerana kita dapati mereka kaya dan mereka sekarang ini dapat menguasai sebahagian daripada negara kita.

Mahathir mengulangi ingatan kepada orang Melayu bahawa sekiranya usaha tersebut berterusan, negara ini tidak akan lagi menjadi Tanah Melayu.

“Dan tak lama lagi kalau ini berterusan maka Tanah Melayu ini tidak akan lagi menjadi Tanah Melayu, ia akan dimiliki dan ditadbir oleh orang lain. – malayadialy.com

Facebook
Twitter
WhatsApp