TERKINI

Melayu Islam Diingatkan Tidak Terlalu Selesa, Angkuh – PM

foto wikipedia

PUTRAJAYA, 4 April 2023 – Kaum Melayu Islam di negara ini diingatkan agar tidak terlalu selesa dan angkuh sehingga meminggirkan kelompok yang lain.

Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kaum majoriti di negara ini perlu mengambil pengajaran daripada pentadbiran Kemboja yang meraikan masyarakat Islam di negara itu.

“Kemboja adalah negara yang majoritinya dianuti oleh masyarakat Buddha tetap meraikan sekumpulan minoriti Islam yang hanya 10 peratus dengan mengadakan program iftar serta melantik menteri Islam,” katanya dalam ucapan Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, di sini pada Selasa.

Ujar Anwar, sikap selesa dan angkuh bukan dianjurkan dalam pengajaran serta pedoman Rasullah SAW sebagaimana Perjanjian Madinah yang menyatupadukan semua pihak asalkan patuh kepada peraturan, Perlembagaan serta tidak memerangi majoriti.

Beliau berkata, Kerajaan Perpaduan pimpinannya dikritik keras kerana ada pihak yang merasakan kaum lain diberi lebih perhatian.

“Tidak,” katanya.

Pada 28 Mac lalu, Anwar membuat kunjungan ke Phnom Penh bagi mengukuhkah hubungan diplomatik yang terjalin sejak 66 tahun lalu selain membincangkan pelbagai isu dua hala, serantau serta antarabangsa dengan rakan sejawatannya, Hun Sen.

Beliau turut berpeluang menghadiri majlis berbuka puasa bersama 6,000 umat Islam yang dihoskan oleh Hun Sen. – sumber sinar harian

Facebook
Twitter
WhatsApp