TERKINI

Musang berbulu ayam – Siapa bank? siapa pencipta wang?

Penulis: Zahid Aziz (gambar kecil) – malayadaily.com

Di dalam dunia pakar ekonomi, bank-bank hanya merupakan pemain neutral yang tiada memberi kesan dalam Ekonomi.

Bank-bank memberi pinjaman daripada deposit yang diletakkan oleh pelanggan-pelanggan bank. Jika tiada deposit, bank tidak boleh memberi pinjaman.

Siapakah pencipta wang yang sebenar di dalam negara ini tidak penting dan tidak dibicara. Pakar ekonomi percaya itu tidak relevan dengan ekonomi. Untuk pelaburan berlaku, mereka percaya negara hanya mesti ada buat simpanan.

Pelaburan hanya akan menjadi kenyataan apabila simpanan mencukupi. Wujud atau tidak, pelaburan didalam negara agak bebas daripada bank-bank.

Bagi pakar ekonomi, bank-bank boleh diabaikan sama sekali dalam membuat dasar kerajaan kerana mereka neutral, tidak memberi kesan kepada ekonomi. Mereka hanya entiti penggerak dana daripada unit lebihan kepada unit kekurangan. Jauh sekali ada keupayaan mencipta wang.

Hakikat sebenar bahawa bank adalah pencipta wang yang mengganas dalam semua ekonomi didunia ini termasuk dinegara kita, tidak diambil kira dalam pencorakkan dasar ekonomi negara oleh pakar ekonomi.

Wang dinegara ini hanyalah wang kertas dan syiling yang ada dalam dompet kita.

Berapa peratus jumlah wang ini daripada jumlah wang dalam negara semuanya tidak pernah dibincangkan oleh pakar ekonomi. (Nota : Telah diakui dan dibukti oleh Bank of England,
Bank Pusat Eropah antara lain, bahawa Bank-Bank adalah pencipta wang dalam jenis nombor yang bergerak dari akaun bank ke akaun bank, apabila Bank memberi pinjaman
).

Jika bank sebagai pencipta wang tidak pernah dibincangkan oleh pakar ekonomi, maksudnya tidak mungkin ada peluang untuk mereka membincangkan ke mana bank menghalakan wang itu dan kesan-kesannya.

Apatah lagi di mana bank menghalakan wang itu membawa kepada kewujudan inflasi umum yang tiada henti, inflasi perumahan, jurang kemiskinan yang melebar, belia dan siswazah yang menganggur, gaji permulaan yang dibekukan, dan pertumbuhan ekonomi yang terbantut berbanding potensi yang boleh mengukuhkan kadar pertukaran negara. (Nota: Terlalu banyak wang dihala oleh bank-bank kepada Pinjaman Peribadi dan Sektor Peribadi dan terlalu sedikit dihala oleh bank-bank kepada sektor ekonomi sebenar yang mencipta pekerjaan dan meningkat output ekonomi negara. Nisbah Malaysia sektor peribadi : sektor ekonomi sebenar ialah 65%:35% nisbah dunia 80%:20%. Ini mengakibatkan gejala-gejala ekonomi diatas)

Mereka percaya penciptaan wang dan sistem ekonomi adalah terpisah dan tiada hubung kait yang buruk, memburukkan.

Inflasi yang tidak berkesudahan di negara-negara dari tahun ke tahun tidak pernah dibincangkan oleh pakar ekonomi dan hampir tidak dikaitkan dengan sistem wang yang rosak ini.

Kepada mereka, itu tanggungjawab jurubank pusat yang berurusan dengan orang yang sangat baik dari institusi yang dipanggil Bank of International Settlements di Basel Switzerland.

Siapa di belakang Instutusi di Basel juga tidak pernah dipersoalkan. (Nota: Lembaga Pengarah pertama Bank of International Settlements terdiri dari 2 Bekas Governor Bank of Israel dan 3 Ahli Pengarah Yahudi dari Federal Reserve AS. Basel juga tempat lahirnya World Zionist Organisation/ Gerakan Zionis Sedunia)

Mengapa anda ingin mempersoalkan asal usul orang baik?

Pakar ekonomi boleh memetik nama-nama akademia dan pakar teori mereka seperti Keynes, Adam Smith, Ricardo, dan teori seperti Klasik, Keynesian, Laissez Faire; oleh itu mereka adalah orang yang sangat bijak.

Mereka tidak perlu mempelajari perkara baru yang telah dipelajari oleh dunia tentang Sistem Monetari. Mereka mempunyai tradisi pengajaran dan pembelajaran ekonomi yang panjang dari Harvard dan Oxbridge.

NGO antarabangsa yang dipanggil Reform Economics dan pelajar-pelajar Universiti di Belanda dan negara-negara lain yang memprotes dan menuntut pensyarah ekonomi mereka untuk berhenti mengajar mereka subjek ekonomi yang salah dan pincang, hanyalah satu igauan yang boleh diabaikan dengan selamat.

Lagi pun ahli ekonomi mempunyai kadar faedah/kadar riba sebagai alat dasar serba boleh, untuk menyelesaikan segala-galanya, termasuk mencuci sinki dapur yang tersekat, bak kata orang putih.

Bagaimana anda menangani inflasi? Tingkatkan kadar faedah. Bagaimana anda membantu orang miskin dalam ekonomi Covid? Turunkan kadar faedah.

Bagaimanakah anda meningkatkan kadar pertukaran wang? Tingkatkan kadar faedah. Bagaimanakah anda menghapuskan pengangguran belia dan siswazah? Turunkan kadar faedah.

Bagaimana anda menangani inflasi rumah? Tingkatkan kadar faedah. Bagaimanakah anda menangani jurang kemiskinan yang semakin melebar? Turunkan kadar faedah.

Terdapat pakar ekonomi di Bank Dunia, IMF dan terdapat juga di Jabatan Ekonomi di setiap bank utama.

Jadi bagaimana mereka boleh salah? Bank Dunia dan IMF adalah institusi-institusi yang tersangat baik di dunia ini. Dan bank membuat keuntungan yang menggunung untuk diri mereka setiap tahun, dan tiada pernah ahli ekonomi telah mengadu berkenaan bank.

Masalah inflasi umum negara yang tiada hentinya, inflasi rumah, pengangguran belia dan siswazah, gaji permulaan yang dibekukan, jurang kemiskinan yang semakin melebar dengan itu mestilah tiada kaitan dengan bank atau sistem monetari.

Jika tidak, pakar ekonomi yang bijak ini akan berada di barisan hadapan membantah bank-bank ini.

Pakar ekonomi memahami setiap isu ekonomi dalam sesebuah negara dan mereka mempunyai kadar faedah untuk menyelesaikan segala-galanya. Oleh yang demikian, mereka wajib menjadi penasihat semula jadi dan penasihat tunggal untuk kerajaan.

-tamat-

Oleh Zahid Aziz : BA Econs (Exeter), MSc IBF (UIAM), Timbalan Pengerusi Gerakan Keadilan Monetari, Malaysia, Ahli Kumpulan Teras Wakil Malaysia (Core Group Member) IMMR.

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp