TERKINI

Jumlah Mangsa Banjir di Kedah, Perlis Meningkat 1,933

Lokasi banjir terkini – foto Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat

KUALA LUMPUR, 29 Sept 2023 – Jumlah keseluruhan mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 1,889 orang manakala di Perlis berjumlah 44 mangsa, setakat jam 9 pagi ini.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 15 buah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka untuk menempatkan 591 keluarga di empat daerah.

Empat daerah itu membabitkan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Baling. Manakala di Perlis sebuah PPS telah dibuka. – infobencanajkmv2

Facebook
Twitter
WhatsApp