TERKINI

Mohon maaf atas nasihat Peguam Negara – Isham Jalil

Isham Jalil – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 24 Apr 24 – Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Isham Jalil menjelaskan representasi permohonan maaf beliau kepada badan kehakiman berhubung kes Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah mengikut saranan pihak Peguam Negara.

Dalam satu entri di laman sosial facebook miliknya, Isham memberitahu bahawa beliau bersetuju atas saranan itu atas sebab kos guaman yang agak tinggi jika beliau tidak mengikut nasihat tersebut.

“Oleh itu saya bersetuju dengan cadangan mereka sebabnya kerana kos guaman agak tinggi dan saya bukanlah seorang yang kaya raya atau billionaire.

“Saya ada duit tetapi bukanlah seperti ahli politik kaya raya yang lain. Ujarnya.

Selain daripada itu, beliau juga menjelaskan untuk memilih berdepan dengan kes yang jauh lebih besar iaitu kes mahkamah melibatkan Farhash Salvador dalam isu Heitech Padu.

“Saya juga ingin tumpukan perhatian kepada satu lagi kes mahkamah iaitu berkenaan Farhash Salvador dan pembelian saham Heitech Padu.

“Yang ini adalah kes yang lebih besar dan penting untuk saya lawan dan beri perhatian dan mendapat sokongan Peguam Negara dan badan kehakiman.

Menurutnya, adalah tidak bijak dan tidak masuk akal jika beliau mengharap sokongan dan budibicara kehakiman dalam satu kes tetapi melawan mereka dalam satu kes yang lain.

“Oleh itu pada ketika ini saya perlu pilih lapangan perjuangan (choose the battle) saya dengan baik dan bijaksana.

“Kali ini saya terpaksa mengalah dengan Peguam Negara dan Badan Kehakiman. Katanya.

Pada 4 Mac lalu, mahkamah telah membenarkan permohonan Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital terhadap Isham.

Permohonan itu difailkan atas alasan Isham telah mengucapkan kata-kata berbentuk penghinaan kepada mahkamah dalam satu temu bual bertajuk Townhall For Justice: Keadilan Sebenarnya Untuk Siapa? yang disiarkan di laman Facebook The Malaya Post pada 30 September tahun lepas.

Peguam Negara mendakwa dalam temu bual itu, Isham telah mempersoal proses perbicaraan dan rayuan membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes berkaitan syarikat SRC International serta 1MDB. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp