TERKINI

Putra gesa SPRM siasat sembilan lagi individu yang terpalit dalam Kertas Pandora

Antara nama-nama mereka yang dinyatakan dalam kertas Pandora – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 14 Jan 2024 – Selain bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, SPRM juga perlu menyiasat sembilan lagi individu yang turut terpalit dalam isu Kertas Pandora.

Ketua Penerangan Parti Putra Malaysia, Shahrulufti Sharif berkata, individu berkenaan ialah Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Perdagangan Antaraban,gsa dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz; Ahli Parlimen Selayang William Leong; dan Timbalan Menteri Ekonomi, Hanifah Hajar Taib.

Turut terlibat ialah Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa; anak kepada bekas Ketua Menteri Sarawak, Mahmud Abu Bekir Taib; Pengerusi Rimbunan Hijau, Tiong Hiew King; saudaranya, Tiong Ik King; dan Pengerusi Kumpulan Genting, Lim Kok Thay.

Katanya, mereka didakwa memiliki syarikat luar pesisir, akaun bank samaran, pesawat peribadi, kapal layar, rumah agam dan karya seni terunggul.

Jelas beliau, Kertas Pandora adalah skandal rasuah global yang mendedahkan kegiatan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai oleh golongan berkuasa dan berpengaruh dunia.

“Ini termasuk pemimpin negara, ahli politik, ahli korporat, selebriti dan hartawan.

“Skandal ini dibongkar Konsortium Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ) pada Oktober 2021 hasil penyelidikan rahsia melibatkan lebih 600 wartawan dari 91 organisasi media dalam 117 negara,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pada Februari 2023, SPRM telah menjalankan siasatan berhubung isu itu termasuk memanggil Tun Daim, 84, bagi mendapatkan keterangan.

Kata beliau, keterangan itu diambil bagi menjelaskan aliran dan jejak kewangan melibatkan 12 syarikat luar pesisir miliknya.

“Tindakan SPRM ini menimbulkan pertanyaan orang ramai apakah ini merupakan tindakan balas dendam atau usaha membersihkan gejala rasuah?

“Kalau usaha membersihkan rasuah kenapa penama lain dalam Kertas Pandora termasuk Ahmad Zahid tidak disiasat.

“Bagaimana pula kes Kapal Tempur LCS yg kini senyap? Malah, bertimbun lagi kes terkini yang patut disiasat dan diambil tindakan,” katanya.

Shahrulufti berkata, siasatan SPRM jelas bersifat selektif dan berat sebelah terhadap Tun Daim, memandangkan diketahui umum Anwar Ibrahim sangat membenckepada bekas Menteri Kewangan itu.

Jelas beliau lagi, Anwar juga menganggap Tun Daim musuh politik dan sering mengeluarkan kenyataan menyerangnya.

“Ini menunjukkan SPRM bukan lagi badan penyiasat bebas yang dihormati rakyat dan diibaratkan sebagai burung candek yang tiada integriti.
“Putra menuntut SPRM turut membuka siasatan terhadap individu lain yang terlibat dalam Kertas Pandora itu.

“Isu Kertas Pandora ini telah menimbulkan kecurigaan dan kekecewaan rakyat yang mengharapkan kebenaran serta keadilan dapat ditegakkan,” ujar beliau.

Beliau turut menggesa Anwar menyiasat lapuran dan akuan bersumpah bekas Timbalan Gabnor Bank Negara, Datuk Murad Md. Nor terhadapnya yang dituduh terlibat membawa keluar wang negara hampir RM3 bilion.

“Saya ulang kenyataan beliau, jika tidak salah, tidak perlu bimbang kerana siasatan akan dibuat teliti dan pendakwaan akan dikemukakan sekiranya ada bukti yang kukuh.

“Ini adalah kenyataan palsu dan hipokrit. Mengapa tidak siasat individu yang lain? Jangan hanya cakap, buatnya tidak. Adakah anda melindungi mereka dan ada kepentingan? – MalayaDaily

Facebook
Twitter
WhatsApp