TERKINI

Tun M Harap Kerajaan Beri Perhatian Pada Pesawat MAS

Mahathir Mohamad – foto kosmo digital

SEPANG, 28 Jun 2023 – Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap kerajaan memberikan perhatian pada pesawat MAS agar ia dapat berfungsi dengan baik dalam memberi perkhidmatan yang lebih cekap kepada pelanggan.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pagi ini ketika menjelaskan kelewatan beliau tiba di tanah air.

“Saya lambat sikit balik, masalahnya saya sepatutnya sampai kelmarin ataupun semalam tetapi kapal terbang MAS ada problem, teknikal, tak boleh terbang. 13 jam saya kena tunggu.

“Jadi saya harap MAS ini diperbaikilah, staf bagus, stewardess, pilot semuanya baik belaka tetapi kapal terbang tak baik. Mungkin kita tak pandai nak jaga kapal terbang atau pun kita perlu pesawat yang baru.

“Saya harap kerajaan beri perhatian kepada pesawat MAS ini. Ujarnya.

Mahathir juga mengulas mengenai syarikat penerbangan lain yang mampu menarik ramai penumpang walaupun harga tiket mereka lebih mahal.

“Saya nak cuba Emirates, Qatar tapi tak dapat seat (tempat duduk), banyak sungguh orang, bukan main mahal tiket.

“Singapore pakai A380, 380 ni boleh bawa 400 orang, penuh kapal terbang, saya tak tahu kenapa kita tak boleh nak pakai 380, tapi Singapore nampak maju walaupun dia punya fare (harga tiket) bukanlah murah (tapi) tinggi) tapi penuh orang.

Beliau menzahirkan kesedihan kerana dulu beliau tidak pernah menggunakan pesawat lain kecuali MAS.

“Saya tak pernah terbang dengan kapal terbang lain, melainkan MAS. Kali ini saya terpaksa guna pesawat yang lain.

“Saya berasa malu, orang lain semua boleh buat, (tapi) kita tak boleh buat. Kenapa? Dulu boleh sekarang ini tak boleh. malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp