TERKINI

Melaka Bakal Dapat Ketua Menteri Baharu

foto wikipedia

KUALA LUMPUR, 30 Mac 2023 – Berita tentang pertukaran Ketua Menteri Melaka akhirnya terjawab dengan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri.

Perkara itu disahkkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sambil menyatakan beliau menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam untuk mempersembah nama calon Ketua Menteri baharu.

“Saya ingin mengesahkan bahawa saya telah menerima surat perletakan jawatan Ketua Menteri Melaka.

“Saya akan menghadap Tun Mohd Ali Rustam untuk mempersembahkan nama calon yang bersesuaian bagi Ketua Menteri Melaka yang baharu.

“Saya mengharapkan kebijaksanaan TYT menerima watikah yang akan dikemukakan dan majlis angkat sumpah mengikut kesesuaian tarikh TYT,” katanya dalam sidang media di Masjid Kampung Lebu, Bentong, Pahang, semalam. – sumber AWANI

Facebook
Twitter
WhatsApp