TERKINI

Hutang negara meningkat? Chegu Bard persoal Anwar

Badrul Hisham Shaharin – malayadaily.com

KUALA LUMPUR – Hutang baru negara kini berjumlah RM104.1 trilion? Demikian persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard menerusi akaun Facebooknya semalam.

Menurut beliau, jumlah terbaru itu bercanggah sama sekali dengan kenyataan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim pada Jun 2023.

Dalam kenyataan itu, jelasnya, Anwar mengumumkan bahawa kerajaan campuran pimpinannya bersama DAP tidak akan menambah hutang negara.

“Ketika kenyataan itu dikeluarkan, hutang negara berjumlah kira-kira RM1.5 trilion.

“Namun, beberapa hari lepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan data bahawa kerajaan campuran yang dinamakan kerajaan perpaduan ini telah menambah hutang baru sebanyak RM104.1 billion.

“Pada masa sama, semua subsidi dipotong dan tidak ada krisis, rakyat dibiar kesusahan hutang langsung negara bawah beliau sebanyak RM1182.2 bilion,” katanya dalam hantaran Facebooknya.

Jelas Chegu Bard, ini adalah satu kegilaan iaitu ketika negara bawah kendalian Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob yang Anwar tidak henti mengecam mengatakan gagal.

Sedangkan, kata beliau, ketika dua bekas Perdana Menteri itu memerintah, negara menghadapi pandemik Covid-19.

“Ketika saat negara berdepan keadaan genting dilanda pandemik Covid-19 pun mereka tidak membuat hutang baru setinggi kerajaan campuran yang dikuasai DAP ini.

“Hari itu ketika Najib Razak memerintah, heboh DAP dan PH menuduh kerajaan hendak bankrup, tetapi tidak bankrup sehingga bekas Perdana Menteri keenam itu dijatuhkan,” katanya. – MalayaDaily

Facebook
Twitter
WhatsApp