TERKINI

Sokong sekat kapal Israel, bukan jadi ahli pertubuhan pro Zionist – Mahathir

Mahathir Mohamad – foto Pej. TDM

PUTRAJAYA, 21 Dis 2023 – Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan kerajaan untuk menyekat syarikat perkapalan Israel ZIM dari berlabuh di pelabuhan Malaysia.

Dalam satu kenyataan di laman X, Mahathir berkata tindakan melampau dan tiada perikemanusiaan Israel terhadap penduduk Palestin perlu dikeji dan apa-apa tindakan protes yang boleh dilakukan harus diambil.

Namun demikian, Mahathir menegaskan bahawa sebelum ini, kebenaran laluan kepada ZIM hanya sekadar kebenaran kepada perjalanan sesebuah kapal yang mana ketika itu Malaysia masih menaruh harapan kepada usaha damai antara Palestin dan Israel.

“Laluan kepada ZIM juga sekadar kebenaran kepada perjalanan sesebuah kapal tanpa memperlihat sebarang sokongan kepada regim Israel dan tindakannya membunuh rakyat Palestin.

Mahathir menambah bahawa keadaan ini berbeza dengan menjadi ahli dan penyokong pertubuhan pro-Zionis yang jelas mendokong cita-cita Israel melakukan penghapusan etnik orang Palestin menerusi genosid dan pembunuhan besar-besaran.

Ungkapan Mahathir itu jelas ditujukan kepada kumpulan yang dianggap menyokong regim Zionis Israel. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp