TERKINI

Melayu Tidak Harus Mudah Menyerah, kata Tun M

Mahathir Mohamad – foto Facebook Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 9 Sept 2023 – Orang Melayu tidak harus dengan mudah menyerahkan negara ini kepada konsep berbilang kaum kerana sejarah panjang menunjukkan mereka adalah pejuang sebenar yang mempertahankan tanah air sejak era penjajahan British, kata Tun Dr Mahathir.

Bekas perdana menteri itu berkata, orang Melayu juga tidak harus mengikut perangai Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang hanya pandai berkata-kata tetapi gagal melaksanakan slogan Reformasi, yang menjadi pegangan sejak sekian lama.

“Melayu jangan sombong. Serahkan sahaja negara yang kamu selamat dari Malayan Union; Malaysian Malaysia yang kamu berhempas pulas perjuang kemerdekaan.

“400 tahun dijajah, 60 tahun merdeka terlalu lama…inikah Reformasi?

“Ya. Inilah Reformasi,” katanya, dalam kenyataan di media sosial X miliknya, baru-baru ini.

Mahathir terus mengkritik Anwar dengan mengatakan perdana menteri itu menggunakan tindakan sekatan terhadap suara yang menentangnya.

Semasa Anwar berada di luar kerajaan jeritan ‘reformasinya’ terdengar sepanjang masa seluruh dunia, kebebasan bersuara adalah hak asasi manusia, kerajaan pada masa itu dikatakan tidak demokratik, diktator.

“Sekarang setelah jadi kerajaan, rakyat dihalang bercakap, bercakap pasal apa, pasal masalah rakyatlah.

“Apa dianya masalah rakyat? Masalah bangsa. Masalah agama. Itu tidak boleh, itu perkauman, itu ekstremis.

“Apa yang boleh?, puji kerajaan la, dukung kenyataan bahawa ini bukan lagi Tanah Melayu,” katanya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp