TERKINI

Mengapa Zahid, Tengku Zafrul Tidak Dipanggil Siasatan Kertas Pandora – C4

foto utusan

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2023 – Ahli ekonomi politik Edmund Terence Gomez mempersoalkan mengapa Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz tidak dipanggil untuk membantu siasatan berkaitan isu Kertas Pandora.

Pengerusi Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) intu mendakwa setakat ini hanya bekas menteri kewangan Daim Zainuddin yang dipanggil SPRM berkenaan siasatan perkara itu.

Dalam forum bertajuk ‘Rasuah sebagai Masalah Ekonomi’ di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya, hari ini, ia membangkitkan persoalan jika wujud amalan pendakwaan terpilih oleh kerajaan semasa.

“Jika anda panggil Daim, anda juga perlu panggil orang lain yang disebut dalam Kertas Pandora, misalnya (ahli parlimen Selayang) William Leong.

Kertas Pandora merujuk kepada kebocoran dokumen kewangan dan rekod lain daripada 14 penyedia perkhidmatan luar pesisir yang menubuhkan dan mengurus syarikat shell dan firma pemegang amanah di kawasan cukai di seluruh dunia. – sumber malaysiakini

Facebook
Twitter
WhatsApp