KUALA LUMPUR, 11 Julai 2023 – Dalam satu hantaran video di media sosial twitter, semalam, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah memetik ucapan Tun Dr Mahathir dan mempersoalkan adakah benar ada pihak ingin melabur di Langkawi sebanyak RM 500 bilion.
Dalam rakaman video tersebut Zafrul mempersoalkan jumlah tersebut.
“Dalam sejarah pelaburan negara, pelaburan tertinggi dicatatkan ialah RM 309 bilion setahun.
“Sejak Malaysia merdeka sampailah sekarang tak pernah ada pelaburan tinggi sampai RM 500 bilion ringgit. Ujarnya.
Tengku Zafrul turut menyindir Tun Mahathir bahawa beliau bersedia membentang karpet merah dari lapangan terbang hingga ke hotal.
“Saya minta jasa baik Tun M untuk berkongsi butiran pelabur yang ingin invest (labur) supaya dapat sambut dengan tangan terbuka dan bentang karpet merah dari lapangan terbang sehingga ke hotel,” katanya melalui hantaran video di laman Twitter.
Rakaman video Tengku Zafrul tersebut boleh ditonton disini
Namun, beberapa jam selepas itu satu rakaman video ucapan Mahathir telah dimuat naik dimana di dalam rakaman tersebut Mahathir menyebut dengan jelas iaitu RM 500 juta, bukan RM 500 bilion seperti yang disebut oleh Zafrul.
“Dan kita punyai kerajaan yang tak faham macam mana nak buat sesuatu, ada orang yang nak melabur mereka jumpa saya, nak melabur di Langkawi (RM) 500 million ringgit. Tak ada menteri nak jumpa dengan dia, dia nak bercerita berkenaan dengan pelaburan pun tak mahu. Ujar Tun dalam rakaman tersebut.
“Selain itu ada juga seorang lagi datang jumpa saya cakap nak melabur tapi tak ada layanan (juga). Jadi sebenarnya bukan orang tak nak (datang melabur). Oang nak tapi kerana tak ada layanan mereka pergi ke Indonesia, Vietnam dan Filipina,” ujar Mahathir.
Petikan rakaman ucapan Tun M tersebut boleh ditonton disini.
Dari laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 8 Julai, ia juga melaporkan ucapan Mahathir yang menyebut pelaburan sebanyak RM 500 juta. Rujuk laporan akhbar disini.
Sehingga kini belum ada maklum balas daripada Zafrul bagi menjelaskan kekeliruan butiran tersebut. – malayadaily.com