TERKINI

Menteri Perlu Beri Penjelasan Pemecatan CEO Finas – Dr Ahmad Idham

Ahmad Idham – foto the star

KUALA LUMPUR, 11 Jun 2023 – Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil perlu memberikan penjelasan susulan pemecatan Prof Dr Md Nasir Ibrahim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas.

Bekas CEO Finas Ahmad Idham berkata, tanpa sebarang penjelasan ia bakal memberikan kesan negatif kepada industri berkenaan kerana penamatan perkhidmatan Md Nasir berlaku dalam keadaan tidak kemas.

“Berdasarkan pengalaman saya, sekiranya seorang CEO hendak di pecat, ianya akan di bincang dahulu di peringkat ahli perbadanan dan di minitkan sebelum diangkat untuk kelulusan menteri.

“Seharusnya juga CEO akan di panggil oleh ahli perbadanan untuk di soal sekiranya ada isu salah laku ataupun gagal melaksanakan tugas dengan baik mengikut KPI yang telah di beri,” katanya, dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menyatakan rasa terkejut dengan laporan penamatan perkhidmatan Md Nasir itu.

“Sebagai mantan CEO Finas, saya merasakan apa yg di minta oleh Prof Nasir itu amat relevan. Saya sendiri amat terkejut dengan berita pemecatan beliau di mana beliau mendapat surat pada petang hari terakhir perkhidmatan beliau.

“Saya merasakan seperti ada sesuatu yg tidak kemas di sebalik proses penamatan khidmat beliau.

“Oleh itu saya berpandangan adalah baik untuk menteri menjelaskannya agar perkara ini tidak memberi impak negatif kepada Industri.

“Jika melihat kepada slogan Madani juga ianya seperti tidak selari dengan apa yang di hebahkan dengan apa yang di laksanakan,” tambahnya.

Md Nasir sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang dan mendedahkan sedang mendapatkan khidmat peguamnya berhubung perkara itu.

Beliau berkata, penamatan perkhidmatan dalam tempoh 24 jam itu tanpa sebarang sebab.

Pemecatan itu katanya sah dari segi akta Finas namun kontrak yang sepatutnya tamat pada 31 Oktober tetapi diawalkan kepada 1 Jun.

Menteri juga katanya belum memberikan sebarang jawapan kepada surat terbuka yang dihantar untuk mendapatkan jawapan berhubung pemecatannya itu.

Md Nasir menerima notis penamatan tugas pada 31 Mei memaklumkan beliau ditamatkan perkhidmatan pada 1 Jun. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp