TERKINI

“Ganguan iklim telah bermula”, kata Antonio Guterres

Gambar hiasan – foto CBC

7 Sept 2023 – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres telah memberi amaran ketika Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) melaporkan bahawa dunia sudah mula melalui musim panas Hemisfera Utara yang paling panas dalam rekod.

WMO, yang memetik data daripada Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah (C3S), berkata pada hari Rabu bahawa bulan lepas, Ogos adalah yang paling panas dalam rekod “dengan margin yang besar” dan bulan kedua terpanas selepas Julai 2023.

Pada bulan lalu, dianggarkan kira-kira 1.5 darjah Celsius (2.7 darjah Fahrenheit) lebih panas kiraan purata. Ia juga menyaksikan suhu permukaan laut purata bulanan tertinggi di dunia dalam rekod, hampir 21C (69.8F).

Lonjakan suhu secara berterusan dijangka berlaku di tengah-tengah fenomena El Nino yang baru sahaja bermula.

Saintis iklim meramalkan kesan terburuk El Nino bakal dirasai pada akhir tahun dan membawa sehingga ke tahun depan. – Al-Jazeera

Facebook
Twitter
WhatsApp