TERKINI

SG4: Tun M bukan sembang kosong, berjaya tarik pelabur, kata Dominic 

Dominic Lau Hoe Chai (gambar kecil) – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 31 Jan 2024 – Bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak sembang kosong, sebaliknya berjaya menarik pelabur ke dalam kerangka ‘State-Government 4’ (SG4) melibatkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, bekas Perdana Menteri memainkan peranan penting dalam membantu ekonomi negeri ditadbir pembangkang.

“Beliau telah memanggil mesyuarat dan empat kerajaan negeri beri pembentangan kepada pelabur. 

“Jadi, beliau memang benar-benar bawa pelabur masuk,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Dominic Lau yang juga Presiden Parti Gerakan berkata, partinya akan tegas menyatakan pendirian sekiranya berbeza pendapat dengan Dr.Mahathir.

Katanya, ini kerana penglibatan bekas Perdana Menteri itu dalam SG4 dengan pandangan peribadinya adalah satu perkara berbeza.

“Contoh, pendirian kita memang kita tidak setuju kenyataan Tun Mahathir katakan orang India dan Cina tidak taat sepenuhnya.

“Bukan kali ini saja, sebelum pilihan raya kecil (PRK) di Pulai, beliau (Dr. Mahathir) ada keluarkan kenyataan sebegitu dan kita pergi jumpa beliau cakap tak setuju.

“Apa yang kita tak setuju kita akan bangkit, bukan saja jumpa Tun, tetapi kita bangkit di PN,” katanya. – Utusan

Facebook
Twitter
WhatsApp