TERKINI

Menulis tanpa ilmu, Khairuddin bidas analisa Awang Azman

Awang Pawi Awang Azman (kanan) – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 19 Jan 2024 – Penganalisis politik, Prof Dr Awang Pawi Awang Azman disarankan membuat analisa agar Pakatan Harapan (PH) dan DAP memutuskan hubungan dengan UMNO kerana parti orang Melayu itu akan ditolak secara total pada PRU16 akan datang.

Pengerusi Mobilisasi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, daripada membuat analisis tanpa ilmu politik menyarankan Perikatan Nasional (PN) memutuskan hubungan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad, lebih baik beliau menulis perihal UMNO yang menjadi barua DAP.

“Inilah masalah dengan penganalisa politik ‘kaki bodek minda lemah otak udang’, sentiasa hendak membodek siapa saja yang menjadi kerajaan masa kini.

“Penolakan orang Melayu terhadap parti UMNO tidak diambil berat pulak oleh Awang Azman. Tulislah analisis pasal UMNO sekarang dah jadi barua DAP. Jangan menyibuk pasal PN dengan Tun M.

“Kami berpengalaman luas dalam bidang politik. Jadi, budak Awang Azman tak perlu risau. Yang dia patut risau pada Pakatan UMNO, PH dan DAP kerana PRU16 ini seluruh orang Melayu akan tolak parti Zahid Hamidi itu,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Awang Azman dalam analisanya dilaporkan mendakwa, kenyataan Tun Mahathir berkaitan masyarakat India dan Cina di negara ini memungkinkan PN akan hilang sokongan pengundi bukan Melayu.

Khairuddin membuat ramalan, sekiranya Pakatan UMNO, PH dan DAP berterusan, kemungkinan besar selepas PRU16 kerusi UMNO hanya tinggal tidak lebih lima kerusi saja.

“Peliknya, penganalisa politik haprak seperti Awang Azman tidak berani menasihati Zahid Hamidi agar berhenti jadi ‘kuli’ dan ‘balaci’ DAP demi survival parti UMNO.

“Pada hemat peribadi saya, jika orang Melayu bersatu padu sesiapa pun tidak boleh menggugat kekuatan kuasa politik Melayu. Apakah pengundi bukan Melayu ramai yang mengundi parti Pas dalam setiap PRU?

“Tetapi disebabkan penyatuan ahli Pas di peringkat akar umbi begitu mantap, akhirnya tanpa sokongan pengundi bukan Melayu parti Pas dapat menawan empat negeri dalam PRU15 yang lalu,” kata beliau.

Beliau memberi contoh, perpaduan Melayu yang kuat telah menumbangkan DAP di Parlimen Kota Setar dan mana-mana kubu tradisi DAP boleh kecundang dengan penyatuan orang Melayu.

Khairuddin juga mengingatkan penganalisis murahan itu bahawa orang Melayu tidak perlu khuatir dan tunduk kepada kaum lain bagi menjaga kekuatan bangsanya di bumi Malaysia ini.

“Jika kita bersikap terlalu takut kepada orang lain, sikap ini akan membantutkan wadah perjuangan kita untuk bangsa, tanah air serta agama itu sendiri.

“Jadi, kita tidak takut kerana anak bangsa kita sendiri akan dan boleh menentukan kesejahteraan masa depan anak cucu kita,” ujarnya. – MalayaDaily

Facebook
Twitter
WhatsApp