TERKINI

Minyak Dan Gas Ditemui Di Wilayah Rebutan Malaysia Dan Indonesia

Petronas temui minyak di Madura – foto CNBC Indonesia

KUALA LUMPUR, 16 Ogos 2023 – Terdapat kandungan minyak dan gas ditemui di wilayah yang menjadi rebutan antara Malaysia dan Republik Indonesia di Ambalat, yang terletak di Laut Sulawesi, lapor media.

Media NCBC Indonesia melaporkan perkara itu disahkan Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM) yang mengatakan terdapat harta karun yang ditemui di wilayah tersebut sekaligus Indonesia perlu segera bertindak.

Direktur Jeneral Minyak dan Gas Bumi (Dirjen Migas) Kementerian ESDM Tutuka Ariadji dilapor berkata republik itu bagaimanapun memerlukan kepakaran syarikat cari gali minyak Malaysia, Petronas dalam usaha mengeluarkan hasil bumi tersebut.

Beliau dilapor berkata, Petronas akan bekerjasama bersama PT Pertamina (Persero) bagi melakukan eksplorasi minyak di Blok Ambalat dengan kedua-dua syarikat akan melakukan kajian dan analisis terperinci awal.

“Itu kita akan lakukan desk study, tetapi tidak menggunakan survei seismik, tapi dari data yang ada. Itu mungkin kita mau lakukan bareng sama Petronas,” katanya, seperti dilaporkan.

“Pertamina sama Petronas,” tambahnya.

Namun, Tutuka berkata, kajian awal tersebut akan dilakukan secara berasingan antara kedua-dua syarikat berkenaan.

Analisis katanya diperlukan untuk memastikan jumlah kandungan minyak dan gas asli yang terkandung di kawasan tersebut.

“Desk study itu jadi masing-masing kan punya data, study saja bersama dengan data yang ada. Nggak ada tambahan dengan survei lah. Ya kita lihat dulu kira-kira dari situ ada atau nggak, kalau sudah ribut perbatasan ternyata nggak ada (potensi migas) ya ngapain?” jelas Tutuka. – CNBCIndonesia

Facebook
Twitter
WhatsApp