TERKINI

Mualaf berisiko keluar Islam jika tidak didaftar

Zolkifli Mohd Lazim – malayadaily.com

Saudara baru yang memeluk Islam berisiko meninggalkan ajaran agama sekiranya merasa terpinggir apabila pihak berkuasa agama Pulau Pinang enggan mendaftarkan pengislaman mereka, kata bekas wakil rakyat Bersatu.

Bekas Adun Telok Bahang Zolkifli Mohd Lazim berkata, walaupun mereka boleh didaftar di negeri lain, seperti Perlis, mualaf itu akan terpinggir sekiranya terdapat program melibatkan saudara baru di Pulau Pinang.

“(Pihak berkuasa agama) Perlis kata kalau ramai-ramai dia cuma boleh daftar saja, tapi dia tak boleh dia takkan terlibat dengan semua aktiviti dan apa-apa insentif yang diberi oleh Perlis, Perlis takkan bagi. Sebab dia orang Pulau Pinang.

“Apa-apa aktiviti nanti di Pulau Pinang, mereka ini takkan dipanggil sebab mereka tak berdaftar di Pulau Pinang,” katanya.

Beliau mengulas isu beberapa mualaf yang didaftarkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) IKUT, yang dinaunginya sebelum ini tidak didaftarkan oleh Jabatan Agama Pulau Pinang.

Sehubungan itu katanya, adalah lebih baik untuk mualaf berdaftar di negeri yang mereka duduki, demi memudahkan urusan pada masa hadapan.

“Kalau orang ni buat program aktiviti, majlis agama akan panggil sebab berdaftar di Pulau Pinang, tetapi yang beberapa orang ni tak dipanggil, dia akan rasa terkilan kecil hati, boleh jadi dia keluar daripada Islam sebab dia ditolak.

“Itu masalah dia. Boleh daftar di mana-mana boleh, tapi dia tinggal di Pulau Pinang, nanti dia tak terlibat dengan mana-mana aktiviti di Pulau Pinang,” katanya lagi.

Facebook
Twitter
WhatsApp