TERKINI

Nazri Aziz Harus Tumpu Tugas Duta, Henti Berpolitik – Khairuddin

foto utusan

KUALA LUMPUR, 1 April 2023 – Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dinasihatkan agar berhenti bercakap politik dan beliau seharusnya menumpukan tugasnya sebagai duta. Kata Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Ahli Jawatankuasa Proklamasi Orang Melayu.

“Sesungguhnya, saya ingin menasihati Nazri Aziz agar berhenti bercakap politik dan hanya tumpu pada karier barunya sebagai TYT Duta Malaysia ke Amerika Syarikat.

“Apabila dilantik sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat beliau sepatutnya memikul  tanggungjawab secara terbaik dan teramanah mungkin untuk bangunkan semula ‘Malaysia Baharu’ di bidang diplomatik. Ujar Khairuddin.

Dalam kenyataan yang sama, beliau turut mengingatkan bahawa tugas Nazri amat penting agar menjaga reputasi Perdana Menteri dan imej negara agar peristiwa lawatan Perdana Menteri ke Arab Saudi tidak berulang kembali.

“Sebagai seorang TYT Duta ke Amerika Syarikat Nazri Aziz juga harus jaga reputasi Perdana Menteri dan imej negara agar peristiwa lawatan Anwar Ibrahim ke Arab Saudi tidak berulang kembali seandainya Anwar Ibrahim hendak melawat Amerika Syarikat kelak, katanya.

Baru-baru ini, nazri Aziz mencadangkan kerajaan agar mengenakan akta hasutan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menganjurkan program Proklamasi Orang Melayu. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp