KUALA LUMPUR, 21 Mac 2023 – Nazri Abdul Aziz menggesa tindakan di bawah Akta Hasutan diambil terhadap Dr Mahathir Mohamad kerana kritikan bekas perdana menteri itu terhadap kerajaan.
Menurutnya, apa yang dilakukan Mahathir sekarang jelas bertujuan untuk menghasut rakyat supaya membenci kerajaan sedia ada.
“Kerajaan tidak perlu takut untuk mengambil tindakan terhadap Mahathir walaupun dia bekas perdana menteri.
“Semasa zaman Mahathir (sebagai perdana menteri), sesiapa yang mengadakan perhimpunan mengkritik kerajaan dianggap menentang pentadbiran, dan dihukum di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
“Kalau anda tidak percayakan saya, tanya Ibrahim Ali,” katanya merujuk kepada presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra). – sumber Malaysiakini