PUTRAJAYA, 28 Jun 24 – Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis berpendapat bahawa negara ini bertuah kerana janji reformasi telah membawa kestabilan dan keamanan kerana memperkenalkan larangan 3R (race, religion, royal) dari dibincangkan oleh masyarakat.
“Jika dahulu kestabilan negara tidak diutamakan sekarang untuk tentukan kestabilan negara diperkenal larangan menyentuh 3R. Kita lihat sekarang bagaimana amannya negara. Ujarnya.
Dalam entri yang sama dimedia sosial facebook, Mahathir berkata reformasi juga meliputi kuasa Peguam Negara (AG) untuk menghentikan pendakwaan sepertimana pendakwaan 47 kes Zahid Hamidi.
“Ini juga adalah sebahagian dari reformasi, AG boleh henti π±π³π°π΄π¦π€πΆπ΅πͺπ°π―. Zahid yang sedang dibicara berkenaan 47 kes terselamat apabila AG henti π±π³π°π΄π¦π€πΆπ΅πͺπ°π―.
“Tidak lama lagi mereka yang lesap berbillion ringgit duit kerajaan boleh dipenjara dirumah. Tetapi yang curi sepuluh ringgit hendaklah dimasuk dalam penjara supaya sedar pencurian yang besar sahaja yang perlu mendapat nikmat reformasi. Katanya.
Kritikan ini merujuk kepada pentadbiran Anwar Ibrahim yang mempelupori laungan reformasi semenjak pemecatannya pada 1998.
Kerajaan PH hari ini dibentuk selepas Pilihanraya Umum 15 lalu dengan kerjasama UMNO dan Barisan Nasional.
Anwar yang terkenal dengan pelbagai janji untuk mereformasikan sistem dan institusi negara, dilihat belum berjaya melaksanakan janji-janji tersebut, janji menurunkan harga minyak, pendidikan percuma antaranya.
Berikut adalah beberapa janji yang dilaungkan oleh Anwar yang masih gagal dilaksanakan hingga kini;
- Penggubalan Akta Perkhidmatan Parlimen
- Penggubalan Akta Pembiayaan Politik
- Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya
- Pindaan Perlembagaan untuk menghadkan penggal Perdana Menteri selama 10 tahun
- Penggubalan Akta Penggal Tetap Parlimen
- Pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya
- Pemantauan pelantikan pegawai awam utama yang telus dan melalui parlimen
- Semakan semula oleh jawatankuasa parlimen bagi Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Percetakan dan Penerbitan 1984, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
- Akta parlimen untuk memperuntukkan Peruntukan Pembangunan Kawasan (CDF) yang saksama kepada semua ahli parlimen.
- Pengiktirafan dan pemerkasaan Kabinet Bayangan Perikatan Nasional (PN) dengan elaun, pegawai penyelidik dan akses kepada maklumat kementerian.
- Pindaan Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan untuk menghadkan sisihan purata negeri bagi jumlah pemilih tidak lebih daripada 30% untuk menangani ketidakseimbangan kawasan pilihan raya melampau yang wujud sekarang.
- Menubuhkan jawatankuasa yang mengandungi SPR, JPKP, ahli berkepakaran dan anggota masyarakat sivil untuk mengkaji pelaksanaan undi tidak hadir bagi pengundi luar wilayah (Sabah dan Sarawak) dan pengundi luar negeri.
Selain daripada itu, isu-isu kronisme dan nepotisme yang sering diperjuangkan oleh Anwar, turut berlaku dalam kerajaannya ketika ini seperti pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Ekonomi, isu-isu berkaitan kontrak kerajaan yang terkait hubungan keluarga dan rakan-rakan tokoh kerajaan. – malayadaily.com