TERKINI

NGO Alam Sekitar Dan Agensi Kerajaan Bantah Kelulusan EIA Projek Pulau Pinang Selatan

PSI – Grafik Berita Harian

KUALA LUMPUR, 27 April 2023 – Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) menyifatkan kelulusan Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) Projek Pulau Pinang Selatan (PSI), yang membabitkan penambakan laut secara besar-besaran di Pulau Pinang adalah tidak wajar.

Pengerusi Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Hafizudin Nasarudin, berkata keputusan kelulusan berkenaan adalah satu keputusan yang kejam dan akan memberi kesan buruk kepada alam sekitar serta manusia di kawasan terbabit.

“Projek itu akan menjejaskan kawasan penempatan nelayan tempatan di situ dan memusnahkan habitat hidupan laut.

“Negeri berdekatan, terutamanya di bahagian utara Perak juga akan menerima kesan buruk alam sekitar susulan pengambilan sumber pasir di tengah laut akibat projek ini,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Dalam perkembangan yang sama, portal Free Malaysia Today melaporkan bahawa Sahabat Alam Malaysia (SAM)  kecewa susulan Jabatan Alam Sekitar (JAS) memberi kelulusan untuk Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) walaupun ia ditentang ramai pihak.

Selain SAM, Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Institut Penyelidikan Perikanan yang berada dalam EIATRC turut membantah projek berkenaan.

“Kami berasa kecewa kerana laporan EIA projek itu diluluskan walaupun terdapat kebimbangan yang ditimbulkan nelayan termasuk Persatuan Nelayan Pulau Pinang (PEN Mutiara), Persatuan Nelayan Kawasan Selatan Pulau Pinang (PNKSPP) dan semua unit perkampungan nelayan di kawasan terbabit.

Tambah Mageswari, SAM menggesa Ketua Pengarah JAS memberi alasan berhubung keputusan itu selain kerajaan negeri perlu mendedahkan kepada umum 71 syarat yang dikenakan,” tegasnya.

Terdahulu, Kerajaan negeri Pulau Pinang berjaya memperoleh Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA dan kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi projek tambakan laut Selatan Pulau Pinang atau Penang South Islands (PSI). – sumber

Facebook
Twitter
WhatsApp