KUALA LUMPUR, 8 Julai 2023 – Solusi Wang Soverin didakwa mampu menyelesaikan isu membabitkan ekonomi negara yang menggunapakai sistem ekonomi lama, kata pertubuhan bukan kerajaan Gerakan Keadilan Monetari.
Wakil NGO itu Muhammad Zahid Abdul Aziz mendakwa, antara cadangan mereka adalah suatu badan lain ditubuhkan untuk mencetak wang yang sekarang dilakukan oleh institusi perbankan.
“Bank-bank di Malaysia kini menghala 65% wang kepada pinjaman peribadi, kad kredit dan seumpama yang melegasi beban inflasi tanpa henti kepada rakyat, melebarkan jurang miskin kaya, menghasil pengangguran kepada lepasan sekolah dan graduan, menciputkan gaji semua orang, melonjak harga rumah, dan membantut pertumbuhan ekonomi negara, dan penciptaan kerja negara.
“Solusi Wang Soverin melibatkan pindahan penciptaan wang kepada Pihak Berkuasa Monetari Pusat, suatu Institusi baru bawah naungan Parlimen yang bebas kerajaan memerintah dan bank pusat.
“Apabila kerajaan perlu wang, bajet dibentang di Parlimen untuk dibahas. Sekira lulus wang tersebut akan dicipta oleh pihak berkuasa tersebut,” katanya, dalam satu kenyataan, baru-baru ini.
NGO itu berkata, wang itu kemudiannya akan dihalakan kepada Bank Pelaburan Negara yang akan menghalakan pula kepada sektor infrastruktur dan ekonomi Sebenar.
“Ini akan melonjak output ekonomi negara dan jumlah pekerjaan dalam negara, dan menghapus beban inflasi tanpa henti kepada rakyat, menguncupkan jurang miskin kaya, menghapus pengangguran kepada lepasan sekolah dan graduan, memertabat gaji semua orang, dan menjunam harga rumah diantara lain,” katanya.
Mereka juga menafikan dakwaan dan tuduhan bekas menteri kewangan Lim Guan Eng yang mengatakan gerakan itu adalah sekadar mencetak wang.
“Jadi apa yang dicadangkan dibawah riayah Solusi Wang Soverin adalah lebih mantap dan terperinci dari igauan cetek mantan menteri kewangan tersebut.
“Kami tidak maklum tentang cadang pembuangan faedah yang dinyatakan. Tetapi kalau ia merujuk kepada pindahan ekonomi dari dipandu hutang kepada ekonomi yang dipandu ekuiti ini memang idaman mereka yang berfikiran jauh dan yang tidak terbantut fikiran dengan ilmu lama,” katanya.
Kenyataan itu katanya menunjukkan Guan Eng ketinggalan zaman dalam mengikuti perkembangan Reformasi Monetari Dunia.
“Siapakah Reformis Monetari Dunia? Mereka adalah NGO-NGO Reformasi Monetari Dunia dibawah riayah International Movement For Monetary Reform (IMMR) yang memperjuang Islah Sistem Monetari Negara dan dunia yang selama ini telah menindas kemanusiaan berabad-abad lamanya,” katanya.
Malah gerakan itu juga tidak hanya terhad di Malaysia tetapi juga terdapat di lebih 25 negara dalam seluruh dunia.
“Di antara negara-negara yang ada NGO tersebut yang sedang berjuang dengan gigih ialah, Positive Money dari United Kingdom, Monetative dari Jerman, Positiva Pengar dari Sweden, Coden Penge dari Denmark, First Source dari Afrika Selatan, Movement for Monetary Justice / Gerakan Keadilan Monetari dari Malaysia, Solidarity for Monetary dari Korea Selatan, Positive Money dari New Zealand- kesemuanya dari 25 negara,” katanya, lagi. – malayadaily.com