TERKINI

NGO Negarawati persoal cadangan Menteri mansuh 30 peratus kuota wanita

Hajah Bibi Sunita Sakandar Khan (gambar kecil) – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 7 Feb 2024 – Sebuah NGO, Negarawati mempersoalkan kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri yang mencadangkan agar 30 peratus kuota wanita dimansuhkan segera.

Menurut Pengerusi Negarawati, Hajah Bibi Sunita berkata, sebelum ini menteri tersebut bersetuju bahawa penglibatan lebih ramai wanita dalam sektor pembuat keputusan mampu memenuhi hasrat merapatkan Indeks Jurang Gender Malaysia.

“YB Menteri pada ketika itu juga turut bersetuju bahawa penglibatan lebih ramai wanita dalam sektor pembuat keputusan mampu memenuhi hasrat merapatkan Indeks Jurang Gender Malaysia.

“YB Menteri juga turut “challenge” agar tiga (3) jawatan tertinggi dalam Perkhidmatan Awam iaitu Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan disandang oleh wanita. Ujar Bibi.

Bibi berkata, sebelum ini, kajian penilaian perlaksanaan inisiatif sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan yang telah dilaksanakan pada tahun 2023 mendapati masih terdapat sektor-sektor tertentu, termasuk syarikat berkaitan Kerajaan (GLC / GILC) yang masih jauh dari sasaran tersebut.

Namun, kenyataan YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri baru-baru ini dilihat bercanggah daripada kenyataan beliau yang telah dibuat baru-baru ini.

“Apakah rasionalnya Menteri memberikan kenyataan sedemikian dan bagaimana Menteri dapat memastikan tiada wujudnya hak wanita dieksploitasikan pada masa akan datang sedangkan hak wanita di tanahair ini masih banyak yang perlu dibela dan ditambahbaikan oleh pihak-pihak yang berkaitan. Ujar Bibi.

Dalam kenyataan yang sama, beliau turut mempersoalkan adakah kenyataan Menteri baru-baru ini dibuat setelah mendapat pandangan dan cadangan dari pihak mewakili rakyat dan masyarakat khususnya kaum wanita.

“Seharusnya sebelum membuat sebarang kenyataan sebegini, pandangan dan cadangan dari pemimpin-pemimpin wanita di NGO/NGI dan sektor-sektor yang terkait dengan hak wanita ini dapat diambil kira terlebih dahulu. Katanya.

Baru-baru ini, Nancy Shukri dilaporkan berkata, dasar 30% kuota wanita pembuat keputusan perlu dihapuskan kerana tidak patut ada had untuk menyekat golongan itu bersama dalam kelompok penggubal dasar negara.

Sebelum ini, bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Rafidah Aziz dilaporkan berkata ramai wanita layak mengisi jawatan penting, tetapi dasar 30% kuota kerajaan menghalang potensi golongan itu. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp