TERKINI

OPR : BNM Perlu Main Peranan Beri Penjelasan – Shahril Hamdan

Shahril Hamdan – foto youtube Keluar Sekejap

KUALA LUMPUR, 11 Mei 2023 – Bank Negara Malaysia (BNM) disaran agar memainkan peranan yang lebih aktif dalam komunikasi untuk memberi penjelasan kepada rakyat terutama peminjam agar penjelasan mengenai peningkatan kadar dasar semalaman (OPR) dapat dilakukan.

Shahril Hamdan yang juga bekas Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri ketika era YAB Datuk Seri Ismail Sabri, berpendapat jika hal ehwal berkaitan OPR ni di bawah bidang kuasa BNM, maka penting kebertanggungjawab itu dikongsi dengan lebih banyak oleh BNM sendiri.

“Kerana kalau kita kata ini adalah tanggungjawab BNM adalah hak BNM, kuasa BNM, penting juga untuk kebertanggungjawaban (accountabily) untuk dikongsi lebih banyak.

Tambah Shahril, sudah tiba masa untuk pihak Bank Negara mengambil peranan proaktif dalam soal komunikasi.

“Bukan hanya dia buat keputusan kemudian Perdana Menteri dan Menteri Kewangan terpaksa explain atau menerima pukulan politik hasil keputusan itu,” katanya.

Pada 3 Mei baru-baru ini, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan kadar dasar semalaman (OPR) meningkat 25 mata kepada 3 peratus.

BNM menyatakan kenaikan ini akan menyebabkan kadar siling dan lantai OPR masing-masing kini meningkatkan kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus. Ini menjadikan kadar OPR ketika ini kembali kepada kadar seperti pra-pandemik COVID-19 iaitu pada 7 Mei 2019. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp