TERKINI

“Pakailah Tanjak Tetapi Undilah Dan Tentukan Kemenangan Bagi Melayu” – Tun Mahathir

Foto MalaysiaGazette

PUTRAJAYA, 10 Mei 2023 – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi analogi tentang orang Melayu menerusi tanjak dan mengundi.

Dalam satu hantarannya di media sosial facebook, beliau menyifatkan memakai tanjak untuk menunjukkan sifat kemelayuan itu satu sikap yang baik, namun bagi beliau alangkah baiknya jika sikap ini diterjemahkan dalam proses mengundi.

“Ramai orang Melayu sekarang memakai tanjak sebagai cara untuk menunjuk ke-Melayuan mereka.

“Sikap berbangga dengan bangsa memang baik.

Mahathir berpendapat, jika orang Melayu mengundi dan memilih calon Melayu yang terbaik, maka mereka yang menang akan dapat mendirikan sebuah kerajaan yang baik.

“Alangkah baiknya jika selain tanjak, orang Melayu juga berbangga dengan mengundi dalam pilihan raya bagi calon Melayu yang terbaik supaya Kerajaan yang akan didirikan oleh calon-calon yang menang dapat mendiri Kerajaan yang juga baik.

Beliau juga berpendapat jika orang Melayu menerima sogokan untuk mengundi atau tidak mengundi, ia bukanlah sifat Melayu yang boleh dibanggakan kerana ia akan menjadi penyebab berlakunya pemerintahan oleh perasuah dan penjenayah.

“Tidak mengundi atau mengundi kerana sogokan tidak menunjuk ke-Melayuan yang boleh dibanggakan, kerana hasilnya ialah pemerintahan oleh perasuah dan penjenayah.

Mahathir berpesan pakailah tanjak dan keluar mengundi agar dapat memberi kemenagan kepada mereka yang kuat kemelayuannya.

“Pakailah tanjak tetapi undilah dan tentukan kemenangan bagi Melayu yang kuat ke-Melayuan mereka dan mampu mendiri Kerajaan yang boleh kita bangga dengannya. Ujarya. – malaydaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp