TERKINI

PAS Banyak Titik Persamaan Dengan Tun M, Seru Pemipin Melayu Islam Bersatu – Presiden PAS

Foto malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 10 Mei 2023 – Presiden PAS Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang menyatakan sungguhpun Tun Dr Mahathir Mohamad banyak berkhilaf dengan PAS, namun banyak titik persamaan yang wajib diambil kira dan bersatu menunaikan kewajipan agama, bangsa dan negara bersama Islam.

Dalam hantaran di laman sosial facebook, beliau berkata adalah wajib adanya perpaduan kaum Melayu Islam yang menjadi majoriti penduduk asal Malaysia dan majoriti masyarakat majmuk. 

“Walaupun beliau banyak berkhilaf dengan PAS, namun banyak titik persamaan yang wajib diambil kira dan bersatu menunaikan kewajipan agama, bangsa dan negara bersama Islam.

“Antara perbincangannya ialah wajibnya perpaduan kaum Melayu Islam yang menjadi majoriti penduduk asal Malaysia dan majoriti masyarakat majmuk. Katanya.

Abdul Hadi turut menerangkan peranan kaum dalam politik agar dakwah Islam dapat disempurnakan.

“Allah SWT menetapkan peranan kaum adalah suatu perkara yang sangat penting kerana ia menjadi tonggak perjuangan para rasul AS, sama ada secara individu atau berjemaah walaupun secara prinsip dan dasarnya Islam ialah agama kepada semua manusia.

“Khususnya, peranan menegakkan kuasa politik yang menjadi penaung yang wajib kepada dakwah Islam dan menjadi syarat agar Islam dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Abdul Hadi juga berkata bahawa setiap rasul memulakan dakwah masing-masing kepada keluarga dan kaumnya, termasuk nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad SAW yang diutuskan kepada seluruh manusia.

Perkara ini bukanlah sikap rasis atau fanatik kaum yang telah disalah fahami selama ini, sebaliknya menjadi rukun kepada uslub (pendekatan) dalam menegakkan Islam mengikut prinsip dakwah dan siasah syar‘iyyah yang melaksanakan konsep adil kepada seluruh manusia

“Justeru, dalam konteks Malaysia kita perlu menyedari bahawa kaum Melayu yang beragama Islam dengan jumlahnya yang besar dan tidak fanatik perkauman tidak berperanan memimpin bersama Islam, kerana berpecah belah disebabkan buta agama dan jahil politik.

Abdul Hadi menyatakan kesilapan dan berdosa besar bagi orang Melayu Islam yang berpecah belah dengan niat yang salah hingga menyebabkan lemahnya kuasa politik kaum Melayu Islam.

“PAS menyeru para pemimpin Melayu Islam untuk menyatukan kaumnya bukan kerana rasis, tetapi meletakkan kuasa politik ke landasan yang betul dalam keadaan kaum Melayu tidak fanatik perkauman. – malaydaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp