TERKINI

Negara Bergerak Ke Arah Diktator, Kata Tun Mahathir

Mahathir Mohamad – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 19 Ogos 2023 – Negara kini bergerak ke arah diktator walaupun pemimpin kerajaan merupakan seorang yang sering melaungkan slogan kebebasan dan reformasi, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, situasi kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang menunjukkan mereka boleh berbuat sesuka hati sama ada ianya melanggar atau mematuhi peraturan.

“Jadi kita dapati keadaan dalan negara pelik. Seolah-oleh bukan ikut undang-undang tapi ikut sesuka hati, disatu masa polis boleh bertindak walaupun tidak ada kes. Dalam kes yang memang ada kes kerajaan tidak bertindak

“Ini sifat diktator. Buat keputusan sesuka hati. Ada kenyataan dibuat, ada kata perkara 3R tak boleh digunakan bincangkan…sepatutnya benda sebegitu serius halang hak rakyat bercakap ditentukan undang-undang tapi tiada undang-undang difahami rakyat konon tak boleh bercakap soal bangsa, agama, dan raja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semalam.

Bekas ahli Parlimen Langkawi itu berkata, banyak perkara yang berlaku dalam negara sekarang tidak selari dengan peraturan dan undang-undang.

“Ini diusahakan seorang yang bercakap berkenaan kebebasan, reformasi dan cuba gambarkan dirinya bertimbang rasa sebaliknya tindakan tak sama seperti yang diperkatakan.

“Banyak benda dalam negara tak konsisten tak ikut syarat undang-undang, dibuat secara sesuka hati, kerajaan boleh buat apa juga keputusan,” kata Mahathir lagi. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp