TERKINI

Sekolah Verkakular penghalang perpaduan nasional – Qiam

Sirajuddin Hj Salleh – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 31 Jan 2024 – Kewujudan sekolah vernakular disifatkan menjadi penghalang kepada perpaduan nasional di Malaysia. Kenyataan tersebut ditegaskan oleh Presiden sebuah NGO Pertubuhan Gerakan Qiam (Qiam), Dato’ Sirajuddin Hj Salleh.

Dalam satu kenyataan, Sirajuddin berkata sekolah vernakular idalah punca utama yang menyebabkan perpecahan dalam kalangan warganegara Malaysia.

“Sekolah vernakular ialah punca utama yang menyebabkan perpecahan dalam kalangan warganegara Malaysia.

“Untuk mengatasi masalah ini Malaysia mesti memperkasakan sistem pendidikan satu aliran nasional yang menggunakan satu bahasa iaitu Bahasa Melayu. Ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, Sirajuddin berkata kerajaan selalu menyeru kepada perpaduan kerana di Malaysia perpaduan nasional sangat rapuh dan sukar dicapai.

“Untuk itu sebuah Kementrian dan Jabatan Perpaduan terpaksa diwujudkan, namun sifat perkaumman semakin mendalam dan menebal. Katanya.

Beliau juga mempersoalkan dengan kewujudan sekolah vernakular yang menggunakan pengantar bahasa Mandarin dan Tamil dengan ribuan lepasan sekolah vernakular, bagaimana mereka yang tidak fasih berbahasa Melayu ini mampu bergaul dan berpadu dengan kaum Melayu yang merupakan penduduk majoriti dan penduduk asal di negara ini.

“Kekangan bahasa menyebabkan lulusan sekolah vernakular sukar bergaul dan bersosial dengan orang Melayu yang datang dari sekolah aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu .
“Sikap, cara hidup dan budaya mereka juga mengekang perpaduan dengan kaum Melayu. Tegas beliau.

Sirajuddin menambah bahawa orientasi pemikiran dan tatasantun mereka daripada sekolah vernakular ini juga berbeza kerana tidak menggunakan kurikulum Malaysia sepenuhnya.
“Kemasukan puluhan ribu daripada sekolah vernakular dalam masyarakat ini diibaratkan sama seperti kemasukan air sungai dari hulu yang kotor dan keruh maka akibatnya air di hilir juga pasti kotor dan keruh. Ulasnya.

Beliau menggesa agar kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran.

“Sudah sampai masanya Malaysia perlu memperkasakan sistem pendidikan satu aliran nasional yang menggunakan Bahasa Melayu sahaja dan menyerapkan semua sekolah vernakular ke Sekolah Aliran Nasional.

“Sebagai perbandingan, tidak ada negara di rantau ini yang punyai sekolah vernakular tajaan kerajaan. Kata Sirajuddin.

Pada 23 November lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan memutuskan sekolah vernakular di negara ini boleh terus beroperasi manakala penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah berkenaan, sah di sisi undang-undang.

Dalam penghakiman kes itu, mahkamah berpuas hati sekolah vernakular bukan pihak berkuasa awam dan penggunaan bahasa pengantar yang lain daripada bahasa Melayu, tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, bahasa Mandarin dan Tamil sebagai pengantara tidak seharusnya dihalang kerana penggunaannya dianggap bukan untuk urusan rasmi seperti yang dinyatakan di bawah Perkara 152(6) Perlembagaan Persekutuan.

Lanjutan dari penghakiman tersebut, dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memfailkan permohonan untuk merayu berhubung penghakiman Mahkamah Rayuan yang memutuskan penubuhan sekolah vernakular dan penggunaan bahasa Mandarin serta Tamil sebagai bahasa pengantar adalah berperlembagaan. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp