TERKINI

Pasangan Biadap, Ganggu Penonton Pawagam

Insiden di TGV Cinemas – foto Tiktok@eclent

KUALA LUMPUR, 25 Julai 2023 – Selepas insiden biadap kumpulan muzik The 1975, negara dikejutkan lagi dengan sikap biadap seorang wanita bersama pasangannya yang dipercayai mabuk ketika menonton wayang hingga berlaku kekecohan dikalangan penonton.

Berdasarkan perkongsian seorang pelayar di TikTok, kejadian dikatakan berlaku pada 21 Julai, di TGV Cinemas, Sunway Pyramid, pada sekitar jam 10.15 malam, menurut laporan Mstar.

Tiktoker tersebut mendakwa, kedua-dua pasangan ini asyik bersembang dan minum ketika menonton filem Barbie yang kini sedang ditayangkan di pawagam-pawagam.

“Dua orang individu ni minum dan berborak sepanjang movie Barbie ditayangkan,” katanya di ruangan kapsyen.

Disebabkan perbualan mereka mengganggu ketenteraman orang lain yang sedang menonton, beberapa penonton meminta agar pasangan tersebut supaya berhenti bersembang.

Mungkin tidak boleh menerima teguran, wanita terbabit menuangkan minuman (dipercayai) alkohol kepada penonton yang menegur perbuatannya.

“Bukan sahaja mereka sangat kurang ajar, perempuan tu siap campak air (beralkohol) dalam bekas minuman dekat penonton (yang minta dia untuk senyap).

“Perempuan tu mesti sangat mabuk walaupun sudah balik dan berada di rumah sekarang,” katanya lagi.

Dalam paparan rakaman video tersebut, kelihatan wanita itu menuang minumannya kepada penonton lain.

Dia kemudiannya menunjukkan isyarat lucah sambil mengeluarkan kata-kata kesat sebelum beredar keluar dari panggung.

“F*** You!” katanya sebelum keluar dari panggung walau filem Barbie belum tamat tayangan.

Rata-rata netizen turut berasa kurang senang dengan perbuatan wanita itu setelah video memaparkan tingkah lakunya tular di TikTok. Video tersebut boleh ditonton di sini.

Dalam pada itu, ramai yang mempersoalkan bagaimana wanita ini boleh membawa minuman keras memandangkan ia melanggar peraturan TGV Cinemas sendiri.

Dalam perkembangan yang sama pengurusan TGV Cinemas telah mengeluarkan kenyataan ringkas menyatakan kekesalan berhubung insiden tersebut semasa tayangan filem “Barbie” pada 10.15 malam 21 Julai 2023, semalam.

“TGV tidak membenarkan kelakuan sedemikian dan kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan ke atas perkara ini. Demikain menurut kenyataan tersebut. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp